Friday, December 31, 2010

happy new year




Tahun 2010 telah pun ditinggalkan. . begitu sekejap masa berlalu..sekarang dah pun tahun 2011..pelbagai azam yang kita niatkan sempena tahun baru ini kan??tapi adakah kesemua azam yang kita niatkan tercapai??? Insyaallah semoga semua azam yang kita impikan akan tercapai hasil dengan usaha dan niat kita. .

so di sini saya ingin mengucapkan selamat tahun baru 2011 kepada semua kawan-kawan saya n followers saya. .



dalam flight selepas bangun dari tidur. .


kebosanan menunggu mase check in pukul 5.15. . bosan. .



hidangan yang disajikan turkey with chest nut. . memang sedap


P/S : Currently at Sabah. . will update soon. . .happy new year all of you . .

Tuesday, December 21, 2010

Selalu digunakan tapi ia amat bahaya


Salam Semua, Alhamdulillah baru hari ini dapat ber- online menggunakan komputer riba hampir seminggu lebih hanya menggunakan telefon bimbit untuk ber-online. . Lagi 2 minggu tahun 2010 akan berakhir. . . mesti macam-macam coretan yang kalian lalui. . . Kita kembali semula pada tajuk asal. . . " Selalu digunakan tapi ia amat bahaya" . . . . Apakah benda itu??? ia selalu digunakan oleh setiap manusia yang ingin membungkus makanan. .

Ok,senang cerita. . saya pun selalu menggunakan benda ini. . Benda ini adalah POLISTERIN. .
semua golongan usia menggunakan benda ini untuk membungkus makanan. . biasalah ke kedai order nasi goreng cina satu bungkus . . . lepas tu tukang masak dah siap,dia pun letak la nasi goreng cina dalam polisterin. . . .

Penggunaan polisterin semakin berleluasa di Malaysia bahkan di seluruh negara. . tahukah anda bahawa penggunaan polisterin telah pun mencemarkan alam sekitar???

Kenapa polisterin sangat bahaya kepada kita?? Bahan pembungkus polisterin yang biasa kita guna mengandungi bahan karsinogen yang boleh mendatangkan kesan mudarat kepada kesihatan.. . Menurut kajian,Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa(IARC) ,Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO) mengelaskan stirena sebagai bahan karsinogen kumpulan 2B iaitu agen penyebab kanser kepada manusia. Bahan-bahan kimia daripada bekas itu akan menyerap ke dalam makanan dan kemudian ke dalam tubuh manusia. (bahayanya)

Untuk pengetahuan kawan-kawan, stirena adalah suatu mutagen yang boleh mengakibatkan perubahan genetik yang berpotensi merosakkan sistem pembiakan. Mutagen ini amat berbahaya terhadap alam sekitar malah kepada manusia juga. Pendedahan kepada stirena dapat merendahkan bilangan sel darah merah dan boleh menyebabkan seseorang perempuan itu mengalami gangguan haid.

saya baca pun dah takut. . apa lagi kawan-kawan yang lain??? Jadi lepas ni bawalah makanan dari rumah tak pun bawalah bekas makanan yang tidak memudaratkan kesihatan ( yang mahal sikit dan tahan lama. . contoh jenama tupperware ) untuk bungkus makanan dari kedai. .

Thursday, December 9, 2010

Home made ice cream baskin robbin





Home made ice cream


Dah seminggu lebih demam dan terasa ingin sangat memakan makanan yang sejuk. . ice cream. . yummy. . cakap tentang ice cream teringat pula ice cream baskin robbin. . .sedapnya. . .ice cream ada di rumah so buat la ice cream seperti ice cream baskin robbin. . .
Oreo yang diletakkan terpulang kepada individu. .

Sangat sedap dimakan ketika cuaca panas..


yummy =D





Bahan- bahan : ice cream vanilla, oreo n hershey syrups. . 2 layer . . .

Selamat mencuba..






Tuesday, November 16, 2010

Lembu oh Lembu

Lembu oh lembu. . .
esok semua lembu kena berjasa. . .
Oh lembu, sangat - sangat kesian. . .
Di sini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua rakan- rakan saya. . .

P/S ; TAKE CARE ALL OF U. . .

Thursday, November 11, 2010

Congratulation



Salam semua. . .

sekian lama tidak update apa-apa dalam blog ini. . .maklum la sibuk dengan final exam ni. . .Baru sahaja lepas 3 paper dan subjek paling teras adalah isnin depan. .
. Ya Allah permudahkan la hambamu untuk menjawab paper logistic pada isnin depan. .Insyaallah. . .

Choppp!!!! Balik kepada tajuk k. . .Hari ini saya tiada pap
er langsung dan bangun pun agak lewat. . . Bila bangun teringat pula bahawa keputusan UPSR keluar hari ini. . . Adik saya Hanisah Bustami.. . . .





Pagi tadi adik saya pergi ambil result. . . mama dan ayah pesan; nisha bersyukur la walau dapat berapa sahaja result UPSR tue. . . Adik saya pergi la ke sekolah dengan hati yang berdebar-debar. . . p/s: maaf adik akak tak dapat ikut k
e sekolah teman adik,akak berada di Johor. .
Semua berkumpul di dewan dengan macam-macam reaksi pun ada. . . .

Tadi lepas dapat result,mama bagitahu yang nisha dapat keputusan yang cemerlang. . .Wah,saya dengan perasaan yang sangat gembira terus on9 skype. . .dan video call dengan adik saya. .
Perasaan sangat gembira dan bersyukur kerana adik mendapat result yang cemerlang. . .Tahniah adik. . .




Hanisah ketika mengambil keputusan UPSR

Hanisah; ayah,mama,akak,abang n adik bangga sangat dengan Hanisah. . .

Tahniah dengan jayanya mendapat keputusan yang cemerlang. . .
Akak sayang hanisah. . .
Hadiah nisha akak bagi balik nanti ya!!!!

Monday, November 1, 2010

7 ciri orang berjaya


7 Ciri Positif Orang Berjaya


7 Ciri Positif Orang Berjaya

1. Orang yang positif semakin tercabar, semakin kuat berusaha.Seseorang yang positif berperibadi kuat seumpama besi waja; semakin dibakar oleh keadaan, semakin menghadapi cabaran hidup, semakin teguh dan tajam melayari kehidupan. Seseorang yang berperibadi lemah laksana timah atau lilin – apabila terkena api, hancur lebur. Apabila terketuk oleh cabaran; berkecai.


Dr. Mahathir Mohamad banyak memberi contoh yang cemerlang kepada kita semua. Lagi banyak masalah yang dihadapi, lagi bertambah kuat beliau. Seperti gam “exhaust pipe”, semakin kepanasan, semakin keras mencengkam! Orang lain sudah habis dan gawat idea, beliau keluar pula dengan idea yang mengejutkan! Itulah yang amat kita kagumi mengenai YAB Dr. Mahathir. Semakin tercabar, semakin gagah! Dunia amat mengkagumi idea-idea beliau. Dunia amat mengharapkan pandangan-pandangan dan fikiran-fikiran Dr. Mahathir.


2. Orang yang positif melihat peluang dalam kegawatan.Orang yang negatif melihat kegawatan sebagai penghalang kemajuan. Tetapi, orang yang positif dapat melihat peluang keemasan dari kegawatan!


Aristotle Onassis, jutawan Greek, asalnya seorang budak miskin. Ia pindah ke Argentina dari Greek untuk mencari penghidupan baru. Umurnya waktu itu hanya 17 tahun. Lepas perang Dunia Kedua, dunia menghadapi kemelesetan ekonomi. Banyak syarikat bankrap. Tetapi Onassis telah nampak satu peluang. Ia sedar yang tentera Amerika sedang menghadapi masalah kelebihan kapal perang. Kapal-kapal tidak lagi digunakan untuk berperang. Ia telah membeli kapal-kapal kecil tentera Amerika itu dengan harga murah.


Setelah membuat sedikit-sedikit pindaan, kapal-kapal itu telah boleh digunakan. Ia telah gunakanya untuk mengangkut barang-barang dan minyak. Dari sinilah permulaan sebenar bagaimana Onassis menjadi seorang jutawan.


Begitulah kelebihan Onassis. Sedang orang lain berada dalam keadaan negatif, beliau bertindak secara positif.


3. Orang yang positif sentiasa berusaha bersungguh-sungguh.Pelbagai contoh kejayaan yang menjadi sejarah membuktikan bahawa sikap positiflah yang membawa kejayaan kepada mereka yang mencapai kejayaan besar dalam kehidupan.


Perdana Menteri Inggeris, Harold MacMillan pernah menceritakan tentang nasihat ayahnya, “Mac, kalau kau telah fikir sesuatu perkara itu berguna dibuat, buatlah bersungguh-sungguh”.


Semangat waja Paul Getty juga amat baik sekali kita contohi.


4. Orang yang positif sentiasa mencari jalan memperbaiki diri.Peter Drucker, professor ilmu pengurusan di Amerika ada berkata: “Pengurus yang berjaya sentiasa bertanya kepada dirinya apakah yang boleh ia buat, bukan apa yang orang lain patut buat”.


Dengan sikap seperti ini, tiap-tiap orang boleh berjaya malah dapat pula membawa kejayaan kepada penghidupan diri, keluarga dan masyarakatnya. Dengan bersikap positif, tenaga yang biasa digunakan untuk mengecam, memaki hamun, dan memarah-marah itu dapat digunakan untuk perkara-perkara membina.


Dengan bersikap positif, seseorang itu akan mencari jalan untuk membaiki kehidupannya. Bukannya berharap kepada orang lain untuk membaiki kehidupannya. Orang yang positif bertanggungjawab kepada dirinya sendiri – berdikari.


5. Seseorang yang positif tidak menyalahkan keadaan.Seseorang yang bersikap positif tidak mengeluh atau mengecam bila ditimpa kemalangan, musibah atau terdapat kekurangan pada dirinya. Sebaliknya ia menggunakan kekurangan-kekurangan itu untuk kebaikan kepada dirinya serta orang lain.


Napoleon, yang kecil dan rendah iaitu 5 kaki 1 inci sahaja, selalu dipermainkan oleh rakan-rakannya di Maktab Tentera tempat ia belajar – sebab pendek. Tambahan pula, Napoleon ialah seseorang yang berasal dari Pulau Corsica, pulau yang dipandang tidak begitu penting oleh orang-orang Perancis.


Kerana itu, Napoleon telah berazam untuk menunjukkan kepada rakan-rakannya bahawa ia lebih baik daripada orang lain. Ia telah belajar ilmu ketenteraan dengan bersungguh-sungguh. Akhirnya, beliau menjadi Maharaja Perancis – menakluki tiga suku Benua Eropah. Kekurangannya serta ejekan-ejekan dari rakan-rakannya tadilah yang mendorongnya menjadi panglima terkenal.


6. Orang yang positif mendengar dahulu pendapat orang lain.Orang-orang yang bersikap positif tidak mengenepikan kecaman-kecaman musuhnya misalnya dengan terus mengatakan orang itu salah. Tetapi, ia akan mendengar kecaman-kecaman tadi dan memikirkan betulkah ia salah atau tidak. Perlu diingat, bila orang mengecam tentulah ada sebab-sebabnya. Kadang-kadang daripada kecaman orang lain, kita boleh dapat petunjuk untuk membaiki diri dan kerja kita.


Presiden Abraham Lincoln telah dikecam oleh Menteri Pertahanannya, Edward Stanton. Ia telah digelar oleh Stanton sebagai seorang dungu. Adakah Lincoln marah dan memecat Menteri Pertahanan itu? Tidak. Sebaliknya, ia telah bertanya kepada Stanton mengapa ia berkata begitu?


Stanton telah menerangkan bahawa langkah Lincoln memindahkan beberapa battalion tentera ke suatu tempat itu akan merugikan kerajaan Amerika. Lincoln yakin akan penerangan Stanton itu lalu terus menarik balik rancangannya tadi.


Sebaliknya, Presiden Suharto yang tidak mengindahkan kecaman orang bahawa dasar pentadbiran dan ekonominya tidak dapat membawa keadilan sosial kepada masyarakat Indonesia akhirnya terpaksa meletakkan jawatan dalam keadaan yang amat mengaibkan. Saya teringat kata-kata Dr. Mahathir yang kira-kira bermaksud “Don’t overstay.” “Kalau nak berhenti makan, berhenti masa tengah sedap makan.”


7. Orang yang positif sentiasa bangun apabila terjatuh.“Orang yang penggamang mati jatuh, orang yang pending mati hanyut.” Bidalan – Pepatah Melayu; Penjelasan: Penakut tidak dapat apa-apa.
P/S : Sewaktu celebrate bufday adik tersayang. . .

pipiku tembam. . .


Tuesday, October 5, 2010

Senarai Kesyukuran

Setiap orang mestilah mempunyai senarai kesyukuran sendiri. . . .Saya pun ada senarai kesyukuran saya juga. . . .

SENARAI KESYUKURAN NUR HAFIZAH


  1. Saya bersyukur saya dilahirkan dalam keluarga Islam.
  2. Saya bersyukur saya dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan yang sempurna mental dan fizikal.
  3. Saya bersyukur saya telah mempunyai menimba banyak pengalaman di usia muda ini.
  4. Saya bersyukur saya tak anti-sosial.
  5. Saya bersyukur saya ibu bapa saya memberi nama Nur Hafizah kepada saya.
  6. Saya bersyukur saya tidak boleh nampak benda yang ghaib.
  7. Saya bersyukur benda yang selalu saya masak boleh dimakan.
  8. Saya bersyukur saya pernah bekerja di Petrosains walaupun selama 6 bulan setengah sebelum masuk ke universiti dan bersama kakitangan yang sangat-sangat sporting dan baik. Siap belanja saya makan lagi.
  9. Saya bersyukur walaupun saya jarang post dalam belog saya tapi anda masih membaca.
  10. Saya bersyukur saya selalu berpeluh kerana saya tahu badan sedang berfungsi mengeluarkan toksin.
  11. Saya bersyukur saya seorang perempuan.
  12. Saya bersyukur ramai orang rajin melayan karenah saya.
  13. Saya bersyukur rambut saya ikal mayang. Rambut yang ramai orang ingin miliki.
  14. Saya bersyukur ada teman seperti Mohd Fared Azman,Mohd Nazreen Shah,Mohd Zulfadhli, dan ramai lagi.
  15. Saya bersyukur dengan tubuh badan yang saya miliki.
  16. Saya bersyukur walaupun suka menyakat adik-adik saya tetapi mereka masih mencari saya untuk bermain bersama mereka.
  17. Saya bersyukur tiada cikgu yang pernah baling buku saya ke luar kelas sehingga boleh buat saya benci dengan alam persekolahan.
  18. Saya bersyukur saya mempunyai banyak cikgu yang saya rapat ketika di alam persekolahan.
  19. Saya bersyukur mama selalu membuat masakan yang baru. Kami semua suka dengan menu baru mama buat.
  20. Saya bersyukur mempunyai 4 orang adik beradik dan melancong bersama-sama mereka serta mama dan ayah.
  21. Saya bersyukur akan kewujudan Nur Hazwani,Saidatul Amira dan Aziera apabila saya masuk ke alam baru.
  22. Saya bersyukur ada teman yang boleh teman saya chit chat tengah malam jika saya tak dapt tidur.
  23. Saya bersyukur mempunyai seorang ayah yang sporting dan selalu memberi nasihat kepada anak-anak mereka.
  24. Saya bersyukur saya masih tinggal di Malaysia dan masih warganegara Malaysia.
  25. Saya bersyukur mempunyai seorang adik lelaki yang sangat baik dan ambil berat terhadap kakak dia.
  26. Saya bersyukur saya seorang yang pemaaf.
  27. Saya bersyukur saya mempunyai tempat untuk berkongsi suka duka saya.
  28. Saya bersyukur ramai yang masih membaca pembebelan saya dalam blog ini.
  29. Saya bersyukur di luar sana ramai lagi menyayangi saya.
  30. Saya bersyukur walaupun saya tidak cantik tapi apabila ambil gambar ada angle di muka saya yang boleh dipakai.
  31. Saya bersyukur walaupun saya selalu digigit Mr.Nyamuk tetapi saya tidak mengidap demam denggi.
  32. Saya bersyukur duduk di kawasan perumahan yang berbilang kaum. Senang cerita 1 Malaysia.
  33. Saya bersyukur Zahirah dan Hanisah adalah penghibur ketika duka lara.
  34. Saya bersyukur umur saya 18 tahun.

  35. Saya bersyukur apabila melangkah ke alam baru ramai kawan-kawan yang baik.
  36. Saya bersyukur hidup saya penuh dengan cinta dan kasih sayang.
  37. Saya bersyukur ibubapa saya membenarkan saya bekerja ketika cuti menunggu keputusan SPM.
  38. Saya bersyukur jerawat selalu timbul di dahi,di tepi kening dan pipi tapi tidak di badan.
  39. Saya bersyukur walaupun saya kurus tetapi pemakanan saya jaga.
  40. Saya bersyukur adik-adik saya masih lagi berkongsi masalah sekolah mereka kepada saya.
  41. Saya bersyukur kerana saya seorang yang penyabar.
  42. Saya bersyukur kerana saya boleh menari.
  43. Saya bersyukur kerana saya adalah diri saya.
  44. Saya bersyukur mama seorang yang gigih berusaha dalam pekerjaannya.
  45. Saya bersyukur setiap masakan mama pasti nak makan lagi.
  46. Saya bersyukur saya ini merupakan seorang ulat buku.
  47. Saya bersyukur saya mengikuti siri buku cerita shopaholic.
  48. Saya bersyukur dengan diri saya sendiri.
  49. Saya bersyukur saya dan adik beradik menyayangi ibu bapa saya.



Saya bersyukur yang saya sebenarnya ada banyak lagi senarai kesyukuran yang hendak saya tulis.

Andai kata saya diuji salah satu daripada nikmat di atas dan ditarik semula, saya bersyukur saya masih boleh berkata at least saya ada 50 perkara untuk disyukuri.

Sunday, September 12, 2010

Raya time

Salam Semua. . . Lama tak post apa-apa ke dalam blog ini. . .semua tertanya-tanya dah. . .yew2 kali ini saya post tentang Sambutan Raya. . Pada tahun ini,saya beraya di Pahang. . . Kampung sebelah ayah saya. . .
Saya bertolak ke kampung selepas berbuka dan sampai ke kampung pada pukul 11 lebih malam. . . semua sangat gembira dengan kehadiran kami . . Wah,banyak dah berubah di dalam rumah sekian lama saya tidak pulang ke kampung. . .Saya gembira kerana pulang ke kampung mendapat berita baru. . .terima adik saudara yang baru. . .
.

Hari pertama raya memang sangat-sangat seronok. . .sungguh bermakna buat saya. . .selepas sembahyang raya,bermaaf-maafan antara sesama kami n keluarga. . .selepas selesai,orang masjid datang ke rumah. . apetah lagi petang ke zoo. . . Mesti sume pelik an??? sepatutnya ke rumah terbuka tapi ayah bawa kami ke zoo. . .memang sangat-sangat seronok. . Memang ramai sangat orang yang berkunjung ke rumah. . .

Hari kedua raya sungguh indah. . kepulangan abang sepupu saya. . .Hmmm, ramai yang datang ke rumah. . . pada malamnya kami adakan barbeque. . kambing bakar. . .
memang sangat-sangat sedap. . .


Macam mana pula dengan kawan-kawan?? sambutan ray
a macam mana??? dapat banyak fulus raya tak???



P/S: SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN



Sunday, August 29, 2010

Di Hospital Penawar




Sekian lama tak post apa-apa dalam blog ini.....Nak kata bulan puasa nie sibuk?? hmmm...boleh tahan la....apa kena mengena tajuk saya kali ini??? Hospital Penawar......Sape yg masuk Hospital???


Penulis ini sendiri yang masuk ke Hospital.....sebab itu sekian lama tak post apa-apa ke dalam blog ini....Nie la akibatnya tak jaga pemakanan dan ambil mudah dalam pemakanan...


Dah tahu perut ni ada gastrik tapi ambil mudah saja dalam hal ni kan.....saya masuk wad pada hari rabu yang lepas...malam tu saya pengsan di rumah...nasib di rumah kan pengsan,kalau di tempat lain entah ape jadi dekat saya ini...kak long panggil ustaz untuk membawa saya ke hospital...memang sampai hospital saya kena masok wad...CONFIRM!!!.... Last sekali masuk wad pada 2 tahun lepas tapi bukan sakit ini....sakit lain dan tempat di hospital batu pahat....


doctor kata saya ada ulser dan nak kena operation ...Ya Allah tuhan saja yang tahu macam mana keadaan ketika itu....sedih pun ada....saya kena kuat ketika itu....wwalaupun parents teramat jauh ketika itu,tapi saya pasrah....


Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang datang melawat saya.....tak tahu nak cakap apa dekat semua....hanya ucapan terima kasih yang dapat saya berikan...


TQ TO: kak long,mot,b0b0,zul,nazreen,kak tora,kak nor,akim,abg hafa,shahfa,en hamdi,en nizam,en hisham,wong,nazirul,da ramai lagi...

p/s; pray for me get well soon.....

Tuesday, August 17, 2010

Salam Ramadhan Semua

Sekian lama saya tak post apa-apa di dalam blogger ini ....teramat rindu nak menulis....maklum la sibuk dengan assignment n quiz n test......hmmm....rasanya belum terlambat lagi jika saya nak ucapkan salam menyambut bulan ramadhan al-mubarak kepada semua umat Islam....terutama family saya yang tersayang dan juga rakan-rakan sekalian....





Tahun ini saya berpuasa lain dari yang lain....maksud saya,saya berpuasa di perantauan...di negeri orang....Wah,tak pernah lagi saya berpuasa jauuh daripada family.....tapi hakikatnya saya kena lalui....hari pertama ramadhan terasa amat hiba,ye la....dulu selalu bersahur dan berbuka dengan family...tapi sekarang bersama housemate....memang terasa sayu sangat-sangat.......





sekarang nie saya menghitung hari....Hah....bukan menghitung hari nak raya tapi menghitung hari untuk pulang ke rumah......tak sabar rasanya nak pulang ke rumah......perasaan yang meronta-ronta untuk pulang ke rumah tue ada.....wah,adik-adik saya mesti tak sabar bila saya nak pulang ini......





semoga rakan-rakan dapat menjalani ibadah dengan sempurna pada bulan ramadhan ini....


P/S: HAPPY RAMADHAN TO U'LL.....LOVE U'LL....

Sunday, August 8, 2010

Pulang Ke Pasir Gudang

erm esok saya akan balik ke johor bahru, dimana apartment vista merupakan rumah kedua saya..dimana ramai kawan2 baru yang sudah menjadi sebahagian dari keluarga saya..terutama mot,bobo dan kak long.....

walaupun berat hati ini nak tinggalkan kuala lumpur..tapi saya kene pergi jugak untuk mengejar cita-cita saya disana...semoga cita-cita saya tercapai disana dan semoga perjalanan pembelajaran akan semakin mudah..lagi-lagi subjek yang saya suka....

waaahhh tak dapat la saya berpuasa dirumah kl..saya rindu nak berbuka puasa bersama keluarga....pasal waktu puasa mula saya berada di jb..nie kali pertama saya jalani puasa di tempat orang..

macam mana saya nak berbuka???sahur???mesti mencabarkan

doa2 la saya dapat hadapi bulan puasa yang mencabar ini dgn mot,bobo and kak long....


Mot,bobo n kak long tunggu nyotpulang ke jb esok..

love u alll..


Kepada semua umat islan Selamat Menyambut bulan Ramadhan al Mubarak yang akan bakal menjelang tiba.....

Saturday, August 7, 2010

A happy siblings....

Wah,sekian lama saya tak post apa-apa dekat blog....terasa amat rindu.....hari ini,baru la aku dapat menjejakkan kaki ke rumah....lama sangat tak pulang nie....rindu semua....

oh ya....semenjak masuk ke universiti berjumpa la dengan rakan-rakan yang baru......dekat rumah saya ada 4 orang yang sangat sporting.....

Mot,Bobo n kak long.....
i <3 u all.....

Wednesday, July 21, 2010

kehidupan baru di tempat baru

Sekian lama saya tidak update apa-apa dalam blog ini....teramat rindu.....selesai juga minggu yang banyak kawan saya cakap adalah minggu yang teruk apabila melangkah ke IPTA/IPTS.....


bagi saya tak adalah teruk sangat pada minggu pertama berada di IPTA/IPTS.....amat menyeronokkan pada minggu silaturrahim yang berlangsung di unikl MITEC.......





walaupun hanya kampus sementara dan kemudahan kurang tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar.....apetah lagi dengan senior-senior yang memang sporting yew....baek punyer....hihi...:)


malam kebudayaan amat la menarik.....group saya membuat persembahan good morning baltimore......teramat baek la group saya.....





minggu silaturrahim selesai pada hari khamis......hmm.....ade majlis penutupan.....dekan memang best......ade anugerah dekan.....wah,saya bangga bila ada yang dapat pointer tinggi...lagi-lagi 4 CGPA.....akak-akak dan abang-abang makan apa sampai pandai nie???? saya new student...nak tips sikit boleh??? p/s: nak juga dapat pointer macam tue...kalau nak dapt kena belajar betul-betul....





minggu ini pun saya dah mula kuliah....amat seronok berjumpa dengan lecturer,orang baru,perangai baru dan macam-macam lagi.....subject english teramat seronok...Miss L......





rasanya ini sahaja yang saya tulis di post ini...nanti ada masa saya update lagi....

P/S; NEW LIFE MANY BEHAVIOUR I HAVE TO FACE IT.....

Saturday, July 10, 2010

persiapan ke unikl jb part 2

Salam Semua..Sekian lama tidak post apa-apa ke dalam blog ini yew.....ramai gf n bf saya tanya,bila nak update blog??? masa tue ada cuma tidak berkesempatan....maafkan saya yew semua....

Alhamdulillah semua barang telah pun saya beli dengan selamatnya....p/s; macam iklan keselamatan jalan raya pula......Saya bersama adam pergi membeli barang-barang untuk dibawa masuk ke universiti.....Adam dah pun masuk kolej ma
ra...saya hari ahad ini.....

footwear dah settle pun....stationary pun sudah.....grooming,bodycare dan toiletries pun dah selesai....home sweet home pun dah selesai....apa home sweet home??? home sweet home ialah barang-barang seperti cadar,bantal,iron,hanger dan lain-lain...








best companion...


banyak barang saya beli....

meet adam :)

Alhamdulillah,akhirnya persiapan untuk ke unikl jb telah selesai......




p/s; rndu dekat semua....

Tuesday, June 29, 2010

Utamakan Kesihatan anda

Lagi beberapa hari akan masuk bulan julai....rasanya aku menghitung hari untuk masuk ke alam yang baru....perasaan takut,gementar,gemuruh,sedih,gembira.....semua ada...bercampur baur dah perasaan aku ini.....Sebenarnya,nak beritahu kepada semua rakan-rakan bahawa sekarang cuaca tidak menentu...pada pagi panas sahaja dan petang hingga malam hujan....Jadi Utamakan Kesihatan Anda......Minum banyak air suam..sekurang-kurangnya 7 hingga 8 gelas sehari...p/s: macam dalam iklan televisyen pula menasihati agar rakyat utamakan kesihatan.....hihihihihi......Tapi apa yang aku nak beritahu nie amat penting buat semua.....

Hari ini aku nak berkongsi tips dengan semua terutama kaum hawa,wanita,perempuan..Sama sahaja kan.....ini lah fiza...Sakit ini biasanya berlaku apabila kaum hawa telah akil baligh.....Sakit ini dipanggil sebagai PMS....Apa itu PMS???

PMS atau sindrom
Pra haid berpunca daripada otot-otot uterus yang mengejang semasa period berlaku...walaupun terdapat faktor-faktor fizikal yang memainkan peranan penting yang menyebabkan berlaku PMS,tetapi masih terdapat beberapa rawatan atau cara untuk melegakan rasa sakit dan ketidakkeselesaannya....

BERIKUT ADALAH TIP-TIP YANG BOLEH DIIKUTI UNTUK MENGHENTIKAN PMS:

1
.Ambillah ubat panadol atau paracetamol atau ubat pelega kesakitan. Ia biasanya mengambil masa yang agak lama untuk menunjukkan kesannya.So pastikan anda berehat dengan secukupnya....tidur jangan lewat....Untuk kepastian,dapatkan nasihat doktor.

2.Elakkan mengambil ubat paracetamol atau panadol atau ubat pega kesakitan ketika perut anda kosong....nanti macam-macam boleh berlaku....boleh jadi lebih teruk....bukan jadi PMS....tapi WMS....hihi

3.Pastikan badan anda panas iaitu mandi dengan air panas ataupun menekap perut dengan tuala yang telah pun dicelup ke dalam air panas. Ia membantu merehatkn otot-otot yang kejang.

4.Tingkatkan pengambilan air bagi menambah kandungan cecair di dalam badan.Maksudnya minum lah banyak air....sekurang-kurangnya 7 hingga 8 gelas.....bukan sahaja baik untuk sakit PMS ini tapi minum banyak air baik juga untuk kesihatan...so banyakkan minum air yew....Elakkan minum kopi dan air berkarbonat kerana ia boleh mengakibatkan masalah kembung perut dan menambahkan lagi keadaan menjadi teruk.

5.Pastikan anda tidur dengan nyenyak dan cukup...


6.Bersenamlah sewaktu mengalami haid....Jangan lah over senam...just senaman ringan yang anda boleh lakukan ketika di sekolah,universiti,pejabat atau di rumah....Bersenam merupakan langkah terbaik melegakan kesakitan.Gerakkan kaki sekerap yang mungkin...p/s; jangan paksa kaki untuk gerak ye kawan-kawan :) nanti kaki terseliuh pula....

7.Herba mempunyai kesan anti pasmodik kepada tubuh..Oleh itu herba-herba seperti Viburnum dan Scutellaria boleh juga diamalkan....

8.Teh juga boleh mengurangkan kesakitan...Ingat ye,bukan teh ais or teh ais limau atau teh o limau....Air teh madu sebagai contoh,dapat membantu menenangkan saraf-saraf dan melegakan kesakitan...Patikan yang hangat ya....p/s; wah,dalam bahasa indonesia sudah aku bicara....

9.Pengambilan suplemen seperti kalsium,zink,evening primrose oil,dan vitamin mampu mengurangkan kekejangan,kembung dan simptom-simptom PMS lain....


Ok kawan-kawan....Selamat mencuba...dan jagalah kesihatan kawan-kaan yew..


p/s; apple pie dah siap ke?? :)

Wednesday, June 23, 2010

Kenangan bersama Hafiz Mahmund...



Nama dia Hafiz Mahmund...dia dikenali sebagai apis atau hafiz....dia dilahirkan pada 20 November 1992...dia merupakan volunteer Petrosains january batch tahun 2010...department dia di petrosains adalah visitor management...Dia seorang yang ceria,peramah,baik hati,konsisten dalam kerja dan fotogenik.....Sekarang dia telah melanjutkan pelajaran ke uitm shah alam course asasi undang-undang...nanti kawan-kawan nak cari peguam jumpa sahaja hafiz nie ye...ngee~itu yang dia impikan selalu....banyak kenangan saya dan kawan-kawan bersama hafiz mahmund.....


Time nie Floor Manager Kak Naz



Before roll call evening



Dekat teater ungku Omar



Me n Farah

Hafiz,Hung Kian n me


Hafiz,ur last day i jadi ur model....@ arif pick up...



Yam,hafiz n me @ pantri time break


Yam n me

Nie lah suasana pantri if time break



sedapnye i makan.....


Yi Ting n me


Hafiz Mahmund do take care at shah Alam......thnx coz be my friend.....gonna miss u there....study well remember me....those pictures are ur memories at petrosains.....




Monday, June 21, 2010

persiapan ke unikl jb part 1

Entri kali ini persiapan ke unikl...hmmm, persiapan yang i telah buat boleh dikatakan 50% baru...hah....korang mesti dah 100% kan...i masok 11 julai so ade lebih kurang 2 minggu i hang out ngan kawan-kawan dan family tersayang...ada lagi barang-barang yang i nak beli tapi duit gaji tak masok lagi so tunggu nextweek for final part persiapan ke unikl....

setakat baju-bajuan dah i n my mom packing.....mama n papa yang betul-betul teruja dalam bab packing nie....yew la...anak dia nak masuk u kan...thnx mama n abah....i love u....thnx also to my lil sisters....yang sibuk pilih pakaian untuk i..mana satu yang i harus bawa untuk masuk ke u....nie mesti hanisah n zahirah membodek akak kan....sebab nak minta belanja karoeke....ps; nisha n ira jangan marah ye bila baca blog akak....

nextweek gonna be part 2 untuk persiapan ke unikl jb....siapa-siapa dapat masuk ke unikl,pasir gudang johor...see u there....

Monday, June 14, 2010

Happy birthday

Sekian lama tak post apa-apa ke dalam blog aku ini...sibuk dengan persiapan untuk masuk universiti....nampaknya bulan june banyak sangat orang yang menyambut hari jadi.....Baby June....untung ye...happy birthday....untuk bulan ini,siapa yang hari jadi??? ayah aku menyambut hari jadinye yang ke 54 pada 9 june.....selamat hari jadi ayah....hari ini aku pergi beli cup cakes untuk sambut hari jadi ayah....then malam buat surprise birthday party...

Inilah cup cake sempena hari jadi ayah aku ke 54....cupcake terpaksa di letak atas dulang kerana alas untuk cup cakes tue aku lupa bawa...anyway it was a great celebration birthday....we all love u daddy...HAPPY BIRTHDAY....

Monday, June 7, 2010

Ladies Day









Hari yang dinantikan oleh ladies VAD telah pun tiba....pukul 2 petang bertempat di stesyen dato keramat adalah tempat unutk kami berkumpul dan huda akan ambil kami terus ke rumah dia.....ini adalah aktiviti yang kami buat sewaktu menunggu huda..Pool Party diadakan kerana huda akan melanjutkan pelajaran ke matrikulasi di Gopeng,Perak....kami menghabiskan masa-masa kami dengan huda....ladies day today....hihi...Selain swimming kitaorang juga pergi melalak.....hahaha...karoeke....picture yang lain nak post tapi rasa tak selesa pula...maaf ye....

Saturday, June 5, 2010

Confused

Bila difikirkan masalah aku,aku bertanya kepada diri aku....mengapa begitu cepat aku menjadi dewasa????semua keputusan aku yang kena buat.... Aku teringat zaman kanak-kanak aku,mama dan ayah yang membuat keputusan....aku rindu zaman itu......

Tapi apabila umur aku sudah 18 tahun,aku yang membuat keputusan sendiri dan ia menentu masa depan aku.....mama dan ayah hanya bagi nasihat. Seterusnya,aku yang kena fikir dan membuat keputusan.....Rayuan aku untuk tukar kos akhirnya berjaya....dan aku mendapat tawaran bagi kos yang aku minat......

Masalah sekarang,aku keliru,confused<> yang mana satu harus aku pilih....sama ada UITM Segamat kursus Pengurusn perniagaan dan pengangkutan atau UNIKL Campus JB Industrial Logistic Cargo????

Mana satu yang harus aku pilih???aku keliru.....

Sunday, May 30, 2010

Theatre musical 2010

Maaf kerana terlambat menghantar pos untuk Theatre Musical 2010 atau pun Volunteer Appreciation Day.....Apa itu VAD???? VAD ialah hari untuk semua volunteer dihargai sepanjang mereka bekerja di Petrosains....Hoollllaaayyy!!!!!!

saya akan masukkan pic apa yang berlaku sepanjang VAD dari pagi hingga petang.....Pada sebelah pagi kami melakukan aktiviti team building....ia adalah aktiviti yang sihat.....dan sebelah petang bermula la VAD....Silakan melihat gambar-gambarnya.....