Tuesday, October 5, 2010

Senarai Kesyukuran

Setiap orang mestilah mempunyai senarai kesyukuran sendiri. . . .Saya pun ada senarai kesyukuran saya juga. . . .

SENARAI KESYUKURAN NUR HAFIZAH


  1. Saya bersyukur saya dilahirkan dalam keluarga Islam.
  2. Saya bersyukur saya dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan yang sempurna mental dan fizikal.
  3. Saya bersyukur saya telah mempunyai menimba banyak pengalaman di usia muda ini.
  4. Saya bersyukur saya tak anti-sosial.
  5. Saya bersyukur saya ibu bapa saya memberi nama Nur Hafizah kepada saya.
  6. Saya bersyukur saya tidak boleh nampak benda yang ghaib.
  7. Saya bersyukur benda yang selalu saya masak boleh dimakan.
  8. Saya bersyukur saya pernah bekerja di Petrosains walaupun selama 6 bulan setengah sebelum masuk ke universiti dan bersama kakitangan yang sangat-sangat sporting dan baik. Siap belanja saya makan lagi.
  9. Saya bersyukur walaupun saya jarang post dalam belog saya tapi anda masih membaca.
  10. Saya bersyukur saya selalu berpeluh kerana saya tahu badan sedang berfungsi mengeluarkan toksin.
  11. Saya bersyukur saya seorang perempuan.
  12. Saya bersyukur ramai orang rajin melayan karenah saya.
  13. Saya bersyukur rambut saya ikal mayang. Rambut yang ramai orang ingin miliki.
  14. Saya bersyukur ada teman seperti Mohd Fared Azman,Mohd Nazreen Shah,Mohd Zulfadhli, dan ramai lagi.
  15. Saya bersyukur dengan tubuh badan yang saya miliki.
  16. Saya bersyukur walaupun suka menyakat adik-adik saya tetapi mereka masih mencari saya untuk bermain bersama mereka.
  17. Saya bersyukur tiada cikgu yang pernah baling buku saya ke luar kelas sehingga boleh buat saya benci dengan alam persekolahan.
  18. Saya bersyukur saya mempunyai banyak cikgu yang saya rapat ketika di alam persekolahan.
  19. Saya bersyukur mama selalu membuat masakan yang baru. Kami semua suka dengan menu baru mama buat.
  20. Saya bersyukur mempunyai 4 orang adik beradik dan melancong bersama-sama mereka serta mama dan ayah.
  21. Saya bersyukur akan kewujudan Nur Hazwani,Saidatul Amira dan Aziera apabila saya masuk ke alam baru.
  22. Saya bersyukur ada teman yang boleh teman saya chit chat tengah malam jika saya tak dapt tidur.
  23. Saya bersyukur mempunyai seorang ayah yang sporting dan selalu memberi nasihat kepada anak-anak mereka.
  24. Saya bersyukur saya masih tinggal di Malaysia dan masih warganegara Malaysia.
  25. Saya bersyukur mempunyai seorang adik lelaki yang sangat baik dan ambil berat terhadap kakak dia.
  26. Saya bersyukur saya seorang yang pemaaf.
  27. Saya bersyukur saya mempunyai tempat untuk berkongsi suka duka saya.
  28. Saya bersyukur ramai yang masih membaca pembebelan saya dalam blog ini.
  29. Saya bersyukur di luar sana ramai lagi menyayangi saya.
  30. Saya bersyukur walaupun saya tidak cantik tapi apabila ambil gambar ada angle di muka saya yang boleh dipakai.
  31. Saya bersyukur walaupun saya selalu digigit Mr.Nyamuk tetapi saya tidak mengidap demam denggi.
  32. Saya bersyukur duduk di kawasan perumahan yang berbilang kaum. Senang cerita 1 Malaysia.
  33. Saya bersyukur Zahirah dan Hanisah adalah penghibur ketika duka lara.
  34. Saya bersyukur umur saya 18 tahun.

  35. Saya bersyukur apabila melangkah ke alam baru ramai kawan-kawan yang baik.
  36. Saya bersyukur hidup saya penuh dengan cinta dan kasih sayang.
  37. Saya bersyukur ibubapa saya membenarkan saya bekerja ketika cuti menunggu keputusan SPM.
  38. Saya bersyukur jerawat selalu timbul di dahi,di tepi kening dan pipi tapi tidak di badan.
  39. Saya bersyukur walaupun saya kurus tetapi pemakanan saya jaga.
  40. Saya bersyukur adik-adik saya masih lagi berkongsi masalah sekolah mereka kepada saya.
  41. Saya bersyukur kerana saya seorang yang penyabar.
  42. Saya bersyukur kerana saya boleh menari.
  43. Saya bersyukur kerana saya adalah diri saya.
  44. Saya bersyukur mama seorang yang gigih berusaha dalam pekerjaannya.
  45. Saya bersyukur setiap masakan mama pasti nak makan lagi.
  46. Saya bersyukur saya ini merupakan seorang ulat buku.
  47. Saya bersyukur saya mengikuti siri buku cerita shopaholic.
  48. Saya bersyukur dengan diri saya sendiri.
  49. Saya bersyukur saya dan adik beradik menyayangi ibu bapa saya.



Saya bersyukur yang saya sebenarnya ada banyak lagi senarai kesyukuran yang hendak saya tulis.

Andai kata saya diuji salah satu daripada nikmat di atas dan ditarik semula, saya bersyukur saya masih boleh berkata at least saya ada 50 perkara untuk disyukuri.

No comments:

Post a Comment