Friday, February 12, 2010

Hot Science

Actually Hot Science baru dibuka di Petrosains so mesti ramai yang tertanya-tanya ape tue Hot Science????Am i Right????

Hot Science di situ menceritakan current issue about Science in this world....Now the current issue is Nanotechnology.....

what is nanotechnology????
A basic definition: Nanotechnology is the engineering of functional systems at the molecular scale. This covers both current work and concepts that are more advanced.

In its original sense, 'nanotechnology' refers to the projected ability to construct items from the bottom up, using techniques and tools being developed today to make complete, high performance products.


Meaning of nanotechnology???

When K. Eric Drexler (right) popularized the word 'nanotechnology' in the 1980's, he was talking about building machines on the scale of molecules, a few nanometers wide—motors, robot arms, and even whole computers, far smaller than a cell. Drexler spent the next ten years describing and analyzing these incredible devices, and responding to accusations of science fiction. Meanwhile, mundane technology was developing the ability to build simple structures on a molecular scale. As nanotechnology became an accepted concept, the meaning of the word shifted to encompass the simpler kinds of nanometer-scale technology. The U.S. National Nanotechnology Initiative was created to fund this kind of nanotech: their definition includes anything smaller than 100 nanometers with novel properties.

Much of the work being done today that carries the name 'nanotechnology' is not nanotechnology in the original meaning of the word. Nanotechnology, in its traditional sense, means building things from the bottom up, with atomic precision. This theoretical capability was envisioned as early as 1959 by the renowned physicist Richard Feynman.

I want to build a billion tiny factories, models of each other, which are manufacturing simultaneously. . . The principles of physics, as far as I can see, do not speak against the possibility of maneuvering things atom by atom. It is not an attempt to violate any laws; it is something, in principle, that can be done; but in practice, it has not been done because we are too big. Richard Feynman, Nobel Prize winner in physics

Based on Feynman's vision of miniature factories using nanomachines to build complex products, advanced nanotechnology (sometimes referred to as molecular manufacturing) will make use of positionally-controlled mechanochemistry guided by molecular machine systems. Formulating a roadmap for development of this kind of nanotechnology is now an objective of a broadly based technology roadmap project led by Battelle (the manager of several U.S. National Laboratories) and the Foresight Nanotech Institute.

Shortly after this envisioned molecular machinery is created, it will result in a manufacturing revolution, probably causing severe disruption. It also has serious economic, social, environmental, and military implications.

Four Generations

Mihail (Mike) Roco of the U.S. National Nanotechnology Initiative has described four generations of nanotechnology development (see chart below). The current era, as Roco depicts it, is that of passive nanostructures, materials designed to perform one task. The second phase, which we are just entering, introduces active nanostructures for multitasking; for example, actuators, drug delivery devices, and sensors. The third generation is expected to begin emerging around 2010 and will feature nanosystems with thousands of interacting components. A few years after that, the first integrated nanosystems, functioning (according to Roco) much like a mammalian cell with hierarchical systems within systems, are expected to be developed.


So to all yang baca my post nie,nak taw lebih lanjut about nanotechnology sila la datang ke Petrosains,level 4,Suria KLCC.....

Thursday, February 4, 2010

Ingin mengetahui tentang Lelaki???

Ingin mengetahui tentang Lelaki???

Ramai wanita tidak tahu sepenuhnya tentang lelaki. Mereka kadang kala buat sesuatu perkara yang lelaki tidak suka. Sehingga boleh menyebabkan kesedihan berlaku.

Di sini, saya ingin berkongsi dengan para wanita sekalian, apa yang anda perlu tahu tentang lelaki.

* Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)

* Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

* Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

* Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

* Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.

* Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

* Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar untuk kali pertama!

* Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

* Bila lelaki cakap..”Emm..tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

* Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

* Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!

* Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

* Lelaki tidak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tidak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.

* Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa, yang lain hanya kawan..:)

* Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tidak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

* Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih. Cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

* Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti. :d

* Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

* Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan
.

* Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!



Monday, February 1, 2010

Ketahuilah mengenai perempuan

Sesetengah lelaki di luar sana tidak mengetahui mengenai perempuan 100%.....(am i right???)....
but....ada yang memahami...(i tabik la u guys)I share dengan u all "ketahuilah mengenai perempuan"....


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling
dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu
putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu
tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin
menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan
respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak
keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari
oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian
barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang
dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka
dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.