Tuesday, June 29, 2010

Utamakan Kesihatan anda

Lagi beberapa hari akan masuk bulan julai....rasanya aku menghitung hari untuk masuk ke alam yang baru....perasaan takut,gementar,gemuruh,sedih,gembira.....semua ada...bercampur baur dah perasaan aku ini.....Sebenarnya,nak beritahu kepada semua rakan-rakan bahawa sekarang cuaca tidak menentu...pada pagi panas sahaja dan petang hingga malam hujan....Jadi Utamakan Kesihatan Anda......Minum banyak air suam..sekurang-kurangnya 7 hingga 8 gelas sehari...p/s: macam dalam iklan televisyen pula menasihati agar rakyat utamakan kesihatan.....hihihihihi......Tapi apa yang aku nak beritahu nie amat penting buat semua.....

Hari ini aku nak berkongsi tips dengan semua terutama kaum hawa,wanita,perempuan..Sama sahaja kan.....ini lah fiza...Sakit ini biasanya berlaku apabila kaum hawa telah akil baligh.....Sakit ini dipanggil sebagai PMS....Apa itu PMS???

PMS atau sindrom
Pra haid berpunca daripada otot-otot uterus yang mengejang semasa period berlaku...walaupun terdapat faktor-faktor fizikal yang memainkan peranan penting yang menyebabkan berlaku PMS,tetapi masih terdapat beberapa rawatan atau cara untuk melegakan rasa sakit dan ketidakkeselesaannya....

BERIKUT ADALAH TIP-TIP YANG BOLEH DIIKUTI UNTUK MENGHENTIKAN PMS:

1
.Ambillah ubat panadol atau paracetamol atau ubat pelega kesakitan. Ia biasanya mengambil masa yang agak lama untuk menunjukkan kesannya.So pastikan anda berehat dengan secukupnya....tidur jangan lewat....Untuk kepastian,dapatkan nasihat doktor.

2.Elakkan mengambil ubat paracetamol atau panadol atau ubat pega kesakitan ketika perut anda kosong....nanti macam-macam boleh berlaku....boleh jadi lebih teruk....bukan jadi PMS....tapi WMS....hihi

3.Pastikan badan anda panas iaitu mandi dengan air panas ataupun menekap perut dengan tuala yang telah pun dicelup ke dalam air panas. Ia membantu merehatkn otot-otot yang kejang.

4.Tingkatkan pengambilan air bagi menambah kandungan cecair di dalam badan.Maksudnya minum lah banyak air....sekurang-kurangnya 7 hingga 8 gelas.....bukan sahaja baik untuk sakit PMS ini tapi minum banyak air baik juga untuk kesihatan...so banyakkan minum air yew....Elakkan minum kopi dan air berkarbonat kerana ia boleh mengakibatkan masalah kembung perut dan menambahkan lagi keadaan menjadi teruk.

5.Pastikan anda tidur dengan nyenyak dan cukup...


6.Bersenamlah sewaktu mengalami haid....Jangan lah over senam...just senaman ringan yang anda boleh lakukan ketika di sekolah,universiti,pejabat atau di rumah....Bersenam merupakan langkah terbaik melegakan kesakitan.Gerakkan kaki sekerap yang mungkin...p/s; jangan paksa kaki untuk gerak ye kawan-kawan :) nanti kaki terseliuh pula....

7.Herba mempunyai kesan anti pasmodik kepada tubuh..Oleh itu herba-herba seperti Viburnum dan Scutellaria boleh juga diamalkan....

8.Teh juga boleh mengurangkan kesakitan...Ingat ye,bukan teh ais or teh ais limau atau teh o limau....Air teh madu sebagai contoh,dapat membantu menenangkan saraf-saraf dan melegakan kesakitan...Patikan yang hangat ya....p/s; wah,dalam bahasa indonesia sudah aku bicara....

9.Pengambilan suplemen seperti kalsium,zink,evening primrose oil,dan vitamin mampu mengurangkan kekejangan,kembung dan simptom-simptom PMS lain....


Ok kawan-kawan....Selamat mencuba...dan jagalah kesihatan kawan-kaan yew..


p/s; apple pie dah siap ke?? :)

2 comments:

  1. PMS selalu buat saya gadoh dgn BF.how? hehe

    ReplyDelete
  2. tue kerana perubahan hormon yang berlaku dalam badan kita....kita tarik nafas dalam2 sebelum bercakap dengan bf..

    ReplyDelete