Thursday, January 13, 2011

kata- kata semangat

Salam semua...lama benar saya tidak tulis apa-apa dalam blog saya...Baru sahaja 2 minggu berada di kampus baru UNIKL MITEC..wifi tak ada lagi jadi minta maaf la kawan-kawan saya tak dapat nak update apa-apa.. Di sini saya nak kongsi kata-kata semangat yang mungkin boleh rakan-rakan amalkan...

1.Dimana kita berdiri tidak penting, yang penting ke mana kita akan melangkah..

2.Siapa orang tua kita tidak penting, yang penting kita mahu menjadi anak yang bagaimana

3.Masa lalu tidak penting, yang penting hari ini dan esok.

4.Bagaimana orang memandang kita tidak penting, yang penting bagaimana kita memandang orang dan bagaimana kita memandang diri kita sendiri.

5.Berapa besar kepercayaan orang ditentukan oleh seberapa besar kejujuran dan kredibiliti kita.

6.Jangan kita mengharapkan orang lain berubah jika kita sendiri belum mahu berubah.

7.Menjadi berjaya atau sukses tidak selalu diukur dengan harta/populariti. Sukses juga diukur dari segi kesihatan mental..maka buang lah sikap iri hati,sombong,benci dan pandang rendah terhadap orang lain.

Ini sahaja ya saya post dulu.. Nanti wifi dah boleh guna saya upload gambar kampus baru saya k...Take care all of u...

Sunday, January 2, 2011

Ayuh kembali ke sekolah. .Ayuh!!

Ayuh kembali ke sekolah..Ayuh!!! esok bermula lah sesi persekolahan. . mesti adik-adik yang baru nak memulakan zaman persekolahan ni teruja sangat ke sekolah esok kan. . dalam entri ini tak nak bahaskan diri " I " . . macam gedik pula. . bahaskan diri aku. .

dah setahun aku meninggalkan alam persekolahan ..seriously alam persekolahan sangat-sangat menyeronokkan. .zaman persekolahan la kita belajar apa itu ABC,123, DO RE MI dan macam-macam lagi. .

tadi aku keluar bersama adik-adik membeli barang dapur dapat la aku melihat kanak-kanak bersama ibu bapa mereka yang sibuk membeli barang-barang persekolahan. . esok dah bermula persekolahan dan hari ini la keluar pergi untuk membelinya. . tahun baru,semua nak baru. . baju baru,kasut baru,stoking baru,buku baru, paling penting minda pun kena la baru. . .

esok bermula hari persekolahan yang pertama. . .mesti macam-macam karenah kan??? tak sabar pula melihat karenah adik-adik aku ke sekolah esok. .Wee~~~ haha . .bersyukur sangat-sangat, walaupun baru pindah ke sekolah baru tapi semangat nak belajar tue ada. . tadi dah baca buku teks walaupun sesi pembelajaran belum bermula. .wah,mengalahkan kakak mereka. . good job adik-adik . .

P/S: can't wait to see my siblings going to school tomorrow . .



Friday, December 31, 2010

happy new year




Tahun 2010 telah pun ditinggalkan. . begitu sekejap masa berlalu..sekarang dah pun tahun 2011..pelbagai azam yang kita niatkan sempena tahun baru ini kan??tapi adakah kesemua azam yang kita niatkan tercapai??? Insyaallah semoga semua azam yang kita impikan akan tercapai hasil dengan usaha dan niat kita. .

so di sini saya ingin mengucapkan selamat tahun baru 2011 kepada semua kawan-kawan saya n followers saya. .



dalam flight selepas bangun dari tidur. .


kebosanan menunggu mase check in pukul 5.15. . bosan. .



hidangan yang disajikan turkey with chest nut. . memang sedap


P/S : Currently at Sabah. . will update soon. . .happy new year all of you . .

Tuesday, December 21, 2010

Selalu digunakan tapi ia amat bahaya


Salam Semua, Alhamdulillah baru hari ini dapat ber- online menggunakan komputer riba hampir seminggu lebih hanya menggunakan telefon bimbit untuk ber-online. . Lagi 2 minggu tahun 2010 akan berakhir. . . mesti macam-macam coretan yang kalian lalui. . . Kita kembali semula pada tajuk asal. . . " Selalu digunakan tapi ia amat bahaya" . . . . Apakah benda itu??? ia selalu digunakan oleh setiap manusia yang ingin membungkus makanan. .

Ok,senang cerita. . saya pun selalu menggunakan benda ini. . Benda ini adalah POLISTERIN. .
semua golongan usia menggunakan benda ini untuk membungkus makanan. . biasalah ke kedai order nasi goreng cina satu bungkus . . . lepas tu tukang masak dah siap,dia pun letak la nasi goreng cina dalam polisterin. . . .

Penggunaan polisterin semakin berleluasa di Malaysia bahkan di seluruh negara. . tahukah anda bahawa penggunaan polisterin telah pun mencemarkan alam sekitar???

Kenapa polisterin sangat bahaya kepada kita?? Bahan pembungkus polisterin yang biasa kita guna mengandungi bahan karsinogen yang boleh mendatangkan kesan mudarat kepada kesihatan.. . Menurut kajian,Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa(IARC) ,Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO) mengelaskan stirena sebagai bahan karsinogen kumpulan 2B iaitu agen penyebab kanser kepada manusia. Bahan-bahan kimia daripada bekas itu akan menyerap ke dalam makanan dan kemudian ke dalam tubuh manusia. (bahayanya)

Untuk pengetahuan kawan-kawan, stirena adalah suatu mutagen yang boleh mengakibatkan perubahan genetik yang berpotensi merosakkan sistem pembiakan. Mutagen ini amat berbahaya terhadap alam sekitar malah kepada manusia juga. Pendedahan kepada stirena dapat merendahkan bilangan sel darah merah dan boleh menyebabkan seseorang perempuan itu mengalami gangguan haid.

saya baca pun dah takut. . apa lagi kawan-kawan yang lain??? Jadi lepas ni bawalah makanan dari rumah tak pun bawalah bekas makanan yang tidak memudaratkan kesihatan ( yang mahal sikit dan tahan lama. . contoh jenama tupperware ) untuk bungkus makanan dari kedai. .

Thursday, December 9, 2010

Home made ice cream baskin robbin





Home made ice cream


Dah seminggu lebih demam dan terasa ingin sangat memakan makanan yang sejuk. . ice cream. . yummy. . cakap tentang ice cream teringat pula ice cream baskin robbin. . .sedapnya. . .ice cream ada di rumah so buat la ice cream seperti ice cream baskin robbin. . .
Oreo yang diletakkan terpulang kepada individu. .

Sangat sedap dimakan ketika cuaca panas..


yummy =D





Bahan- bahan : ice cream vanilla, oreo n hershey syrups. . 2 layer . . .

Selamat mencuba..






Tuesday, November 16, 2010

Lembu oh Lembu

Lembu oh lembu. . .
esok semua lembu kena berjasa. . .
Oh lembu, sangat - sangat kesian. . .
Di sini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua rakan- rakan saya. . .

P/S ; TAKE CARE ALL OF U. . .

Thursday, November 11, 2010

Congratulation



Salam semua. . .

sekian lama tidak update apa-apa dalam blog ini. . .maklum la sibuk dengan final exam ni. . .Baru sahaja lepas 3 paper dan subjek paling teras adalah isnin depan. .
. Ya Allah permudahkan la hambamu untuk menjawab paper logistic pada isnin depan. .Insyaallah. . .

Choppp!!!! Balik kepada tajuk k. . .Hari ini saya tiada pap
er langsung dan bangun pun agak lewat. . . Bila bangun teringat pula bahawa keputusan UPSR keluar hari ini. . . Adik saya Hanisah Bustami.. . . .





Pagi tadi adik saya pergi ambil result. . . mama dan ayah pesan; nisha bersyukur la walau dapat berapa sahaja result UPSR tue. . . Adik saya pergi la ke sekolah dengan hati yang berdebar-debar. . . p/s: maaf adik akak tak dapat ikut k
e sekolah teman adik,akak berada di Johor. .
Semua berkumpul di dewan dengan macam-macam reaksi pun ada. . . .

Tadi lepas dapat result,mama bagitahu yang nisha dapat keputusan yang cemerlang. . .Wah,saya dengan perasaan yang sangat gembira terus on9 skype. . .dan video call dengan adik saya. .
Perasaan sangat gembira dan bersyukur kerana adik mendapat result yang cemerlang. . .Tahniah adik. . .




Hanisah ketika mengambil keputusan UPSR

Hanisah; ayah,mama,akak,abang n adik bangga sangat dengan Hanisah. . .

Tahniah dengan jayanya mendapat keputusan yang cemerlang. . .
Akak sayang hanisah. . .
Hadiah nisha akak bagi balik nanti ya!!!!