Sunday, January 2, 2011

Ayuh kembali ke sekolah. .Ayuh!!

Ayuh kembali ke sekolah..Ayuh!!! esok bermula lah sesi persekolahan. . mesti adik-adik yang baru nak memulakan zaman persekolahan ni teruja sangat ke sekolah esok kan. . dalam entri ini tak nak bahaskan diri " I " . . macam gedik pula. . bahaskan diri aku. .

dah setahun aku meninggalkan alam persekolahan ..seriously alam persekolahan sangat-sangat menyeronokkan. .zaman persekolahan la kita belajar apa itu ABC,123, DO RE MI dan macam-macam lagi. .

tadi aku keluar bersama adik-adik membeli barang dapur dapat la aku melihat kanak-kanak bersama ibu bapa mereka yang sibuk membeli barang-barang persekolahan. . esok dah bermula persekolahan dan hari ini la keluar pergi untuk membelinya. . tahun baru,semua nak baru. . baju baru,kasut baru,stoking baru,buku baru, paling penting minda pun kena la baru. . .

esok bermula hari persekolahan yang pertama. . .mesti macam-macam karenah kan??? tak sabar pula melihat karenah adik-adik aku ke sekolah esok. .Wee~~~ haha . .bersyukur sangat-sangat, walaupun baru pindah ke sekolah baru tapi semangat nak belajar tue ada. . tadi dah baca buku teks walaupun sesi pembelajaran belum bermula. .wah,mengalahkan kakak mereka. . good job adik-adik . .

P/S: can't wait to see my siblings going to school tomorrow . .



Friday, December 31, 2010

happy new year




Tahun 2010 telah pun ditinggalkan. . begitu sekejap masa berlalu..sekarang dah pun tahun 2011..pelbagai azam yang kita niatkan sempena tahun baru ini kan??tapi adakah kesemua azam yang kita niatkan tercapai??? Insyaallah semoga semua azam yang kita impikan akan tercapai hasil dengan usaha dan niat kita. .

so di sini saya ingin mengucapkan selamat tahun baru 2011 kepada semua kawan-kawan saya n followers saya. .



dalam flight selepas bangun dari tidur. .


kebosanan menunggu mase check in pukul 5.15. . bosan. .



hidangan yang disajikan turkey with chest nut. . memang sedap


P/S : Currently at Sabah. . will update soon. . .happy new year all of you . .

Tuesday, December 21, 2010

Selalu digunakan tapi ia amat bahaya


Salam Semua, Alhamdulillah baru hari ini dapat ber- online menggunakan komputer riba hampir seminggu lebih hanya menggunakan telefon bimbit untuk ber-online. . Lagi 2 minggu tahun 2010 akan berakhir. . . mesti macam-macam coretan yang kalian lalui. . . Kita kembali semula pada tajuk asal. . . " Selalu digunakan tapi ia amat bahaya" . . . . Apakah benda itu??? ia selalu digunakan oleh setiap manusia yang ingin membungkus makanan. .

Ok,senang cerita. . saya pun selalu menggunakan benda ini. . Benda ini adalah POLISTERIN. .
semua golongan usia menggunakan benda ini untuk membungkus makanan. . biasalah ke kedai order nasi goreng cina satu bungkus . . . lepas tu tukang masak dah siap,dia pun letak la nasi goreng cina dalam polisterin. . . .

Penggunaan polisterin semakin berleluasa di Malaysia bahkan di seluruh negara. . tahukah anda bahawa penggunaan polisterin telah pun mencemarkan alam sekitar???

Kenapa polisterin sangat bahaya kepada kita?? Bahan pembungkus polisterin yang biasa kita guna mengandungi bahan karsinogen yang boleh mendatangkan kesan mudarat kepada kesihatan.. . Menurut kajian,Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa(IARC) ,Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO) mengelaskan stirena sebagai bahan karsinogen kumpulan 2B iaitu agen penyebab kanser kepada manusia. Bahan-bahan kimia daripada bekas itu akan menyerap ke dalam makanan dan kemudian ke dalam tubuh manusia. (bahayanya)

Untuk pengetahuan kawan-kawan, stirena adalah suatu mutagen yang boleh mengakibatkan perubahan genetik yang berpotensi merosakkan sistem pembiakan. Mutagen ini amat berbahaya terhadap alam sekitar malah kepada manusia juga. Pendedahan kepada stirena dapat merendahkan bilangan sel darah merah dan boleh menyebabkan seseorang perempuan itu mengalami gangguan haid.

saya baca pun dah takut. . apa lagi kawan-kawan yang lain??? Jadi lepas ni bawalah makanan dari rumah tak pun bawalah bekas makanan yang tidak memudaratkan kesihatan ( yang mahal sikit dan tahan lama. . contoh jenama tupperware ) untuk bungkus makanan dari kedai. .

Thursday, December 9, 2010

Home made ice cream baskin robbin





Home made ice cream


Dah seminggu lebih demam dan terasa ingin sangat memakan makanan yang sejuk. . ice cream. . yummy. . cakap tentang ice cream teringat pula ice cream baskin robbin. . .sedapnya. . .ice cream ada di rumah so buat la ice cream seperti ice cream baskin robbin. . .
Oreo yang diletakkan terpulang kepada individu. .

Sangat sedap dimakan ketika cuaca panas..


yummy =D





Bahan- bahan : ice cream vanilla, oreo n hershey syrups. . 2 layer . . .

Selamat mencuba..






Tuesday, November 16, 2010

Lembu oh Lembu

Lembu oh lembu. . .
esok semua lembu kena berjasa. . .
Oh lembu, sangat - sangat kesian. . .
Di sini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua rakan- rakan saya. . .

P/S ; TAKE CARE ALL OF U. . .

Thursday, November 11, 2010

Congratulation



Salam semua. . .

sekian lama tidak update apa-apa dalam blog ini. . .maklum la sibuk dengan final exam ni. . .Baru sahaja lepas 3 paper dan subjek paling teras adalah isnin depan. .
. Ya Allah permudahkan la hambamu untuk menjawab paper logistic pada isnin depan. .Insyaallah. . .

Choppp!!!! Balik kepada tajuk k. . .Hari ini saya tiada pap
er langsung dan bangun pun agak lewat. . . Bila bangun teringat pula bahawa keputusan UPSR keluar hari ini. . . Adik saya Hanisah Bustami.. . . .





Pagi tadi adik saya pergi ambil result. . . mama dan ayah pesan; nisha bersyukur la walau dapat berapa sahaja result UPSR tue. . . Adik saya pergi la ke sekolah dengan hati yang berdebar-debar. . . p/s: maaf adik akak tak dapat ikut k
e sekolah teman adik,akak berada di Johor. .
Semua berkumpul di dewan dengan macam-macam reaksi pun ada. . . .

Tadi lepas dapat result,mama bagitahu yang nisha dapat keputusan yang cemerlang. . .Wah,saya dengan perasaan yang sangat gembira terus on9 skype. . .dan video call dengan adik saya. .
Perasaan sangat gembira dan bersyukur kerana adik mendapat result yang cemerlang. . .Tahniah adik. . .




Hanisah ketika mengambil keputusan UPSR

Hanisah; ayah,mama,akak,abang n adik bangga sangat dengan Hanisah. . .

Tahniah dengan jayanya mendapat keputusan yang cemerlang. . .
Akak sayang hanisah. . .
Hadiah nisha akak bagi balik nanti ya!!!!

Monday, November 1, 2010

7 ciri orang berjaya


7 Ciri Positif Orang Berjaya


7 Ciri Positif Orang Berjaya

1. Orang yang positif semakin tercabar, semakin kuat berusaha.Seseorang yang positif berperibadi kuat seumpama besi waja; semakin dibakar oleh keadaan, semakin menghadapi cabaran hidup, semakin teguh dan tajam melayari kehidupan. Seseorang yang berperibadi lemah laksana timah atau lilin – apabila terkena api, hancur lebur. Apabila terketuk oleh cabaran; berkecai.


Dr. Mahathir Mohamad banyak memberi contoh yang cemerlang kepada kita semua. Lagi banyak masalah yang dihadapi, lagi bertambah kuat beliau. Seperti gam “exhaust pipe”, semakin kepanasan, semakin keras mencengkam! Orang lain sudah habis dan gawat idea, beliau keluar pula dengan idea yang mengejutkan! Itulah yang amat kita kagumi mengenai YAB Dr. Mahathir. Semakin tercabar, semakin gagah! Dunia amat mengkagumi idea-idea beliau. Dunia amat mengharapkan pandangan-pandangan dan fikiran-fikiran Dr. Mahathir.


2. Orang yang positif melihat peluang dalam kegawatan.Orang yang negatif melihat kegawatan sebagai penghalang kemajuan. Tetapi, orang yang positif dapat melihat peluang keemasan dari kegawatan!


Aristotle Onassis, jutawan Greek, asalnya seorang budak miskin. Ia pindah ke Argentina dari Greek untuk mencari penghidupan baru. Umurnya waktu itu hanya 17 tahun. Lepas perang Dunia Kedua, dunia menghadapi kemelesetan ekonomi. Banyak syarikat bankrap. Tetapi Onassis telah nampak satu peluang. Ia sedar yang tentera Amerika sedang menghadapi masalah kelebihan kapal perang. Kapal-kapal tidak lagi digunakan untuk berperang. Ia telah membeli kapal-kapal kecil tentera Amerika itu dengan harga murah.


Setelah membuat sedikit-sedikit pindaan, kapal-kapal itu telah boleh digunakan. Ia telah gunakanya untuk mengangkut barang-barang dan minyak. Dari sinilah permulaan sebenar bagaimana Onassis menjadi seorang jutawan.


Begitulah kelebihan Onassis. Sedang orang lain berada dalam keadaan negatif, beliau bertindak secara positif.


3. Orang yang positif sentiasa berusaha bersungguh-sungguh.Pelbagai contoh kejayaan yang menjadi sejarah membuktikan bahawa sikap positiflah yang membawa kejayaan kepada mereka yang mencapai kejayaan besar dalam kehidupan.


Perdana Menteri Inggeris, Harold MacMillan pernah menceritakan tentang nasihat ayahnya, “Mac, kalau kau telah fikir sesuatu perkara itu berguna dibuat, buatlah bersungguh-sungguh”.


Semangat waja Paul Getty juga amat baik sekali kita contohi.


4. Orang yang positif sentiasa mencari jalan memperbaiki diri.Peter Drucker, professor ilmu pengurusan di Amerika ada berkata: “Pengurus yang berjaya sentiasa bertanya kepada dirinya apakah yang boleh ia buat, bukan apa yang orang lain patut buat”.


Dengan sikap seperti ini, tiap-tiap orang boleh berjaya malah dapat pula membawa kejayaan kepada penghidupan diri, keluarga dan masyarakatnya. Dengan bersikap positif, tenaga yang biasa digunakan untuk mengecam, memaki hamun, dan memarah-marah itu dapat digunakan untuk perkara-perkara membina.


Dengan bersikap positif, seseorang itu akan mencari jalan untuk membaiki kehidupannya. Bukannya berharap kepada orang lain untuk membaiki kehidupannya. Orang yang positif bertanggungjawab kepada dirinya sendiri – berdikari.


5. Seseorang yang positif tidak menyalahkan keadaan.Seseorang yang bersikap positif tidak mengeluh atau mengecam bila ditimpa kemalangan, musibah atau terdapat kekurangan pada dirinya. Sebaliknya ia menggunakan kekurangan-kekurangan itu untuk kebaikan kepada dirinya serta orang lain.


Napoleon, yang kecil dan rendah iaitu 5 kaki 1 inci sahaja, selalu dipermainkan oleh rakan-rakannya di Maktab Tentera tempat ia belajar – sebab pendek. Tambahan pula, Napoleon ialah seseorang yang berasal dari Pulau Corsica, pulau yang dipandang tidak begitu penting oleh orang-orang Perancis.


Kerana itu, Napoleon telah berazam untuk menunjukkan kepada rakan-rakannya bahawa ia lebih baik daripada orang lain. Ia telah belajar ilmu ketenteraan dengan bersungguh-sungguh. Akhirnya, beliau menjadi Maharaja Perancis – menakluki tiga suku Benua Eropah. Kekurangannya serta ejekan-ejekan dari rakan-rakannya tadilah yang mendorongnya menjadi panglima terkenal.


6. Orang yang positif mendengar dahulu pendapat orang lain.Orang-orang yang bersikap positif tidak mengenepikan kecaman-kecaman musuhnya misalnya dengan terus mengatakan orang itu salah. Tetapi, ia akan mendengar kecaman-kecaman tadi dan memikirkan betulkah ia salah atau tidak. Perlu diingat, bila orang mengecam tentulah ada sebab-sebabnya. Kadang-kadang daripada kecaman orang lain, kita boleh dapat petunjuk untuk membaiki diri dan kerja kita.


Presiden Abraham Lincoln telah dikecam oleh Menteri Pertahanannya, Edward Stanton. Ia telah digelar oleh Stanton sebagai seorang dungu. Adakah Lincoln marah dan memecat Menteri Pertahanan itu? Tidak. Sebaliknya, ia telah bertanya kepada Stanton mengapa ia berkata begitu?


Stanton telah menerangkan bahawa langkah Lincoln memindahkan beberapa battalion tentera ke suatu tempat itu akan merugikan kerajaan Amerika. Lincoln yakin akan penerangan Stanton itu lalu terus menarik balik rancangannya tadi.


Sebaliknya, Presiden Suharto yang tidak mengindahkan kecaman orang bahawa dasar pentadbiran dan ekonominya tidak dapat membawa keadilan sosial kepada masyarakat Indonesia akhirnya terpaksa meletakkan jawatan dalam keadaan yang amat mengaibkan. Saya teringat kata-kata Dr. Mahathir yang kira-kira bermaksud “Don’t overstay.” “Kalau nak berhenti makan, berhenti masa tengah sedap makan.”


7. Orang yang positif sentiasa bangun apabila terjatuh.“Orang yang penggamang mati jatuh, orang yang pending mati hanyut.” Bidalan – Pepatah Melayu; Penjelasan: Penakut tidak dapat apa-apa.
P/S : Sewaktu celebrate bufday adik tersayang. . .

pipiku tembam. . .