Monday, November 1, 2010

7 ciri orang berjaya


7 Ciri Positif Orang Berjaya


7 Ciri Positif Orang Berjaya

1. Orang yang positif semakin tercabar, semakin kuat berusaha.Seseorang yang positif berperibadi kuat seumpama besi waja; semakin dibakar oleh keadaan, semakin menghadapi cabaran hidup, semakin teguh dan tajam melayari kehidupan. Seseorang yang berperibadi lemah laksana timah atau lilin – apabila terkena api, hancur lebur. Apabila terketuk oleh cabaran; berkecai.


Dr. Mahathir Mohamad banyak memberi contoh yang cemerlang kepada kita semua. Lagi banyak masalah yang dihadapi, lagi bertambah kuat beliau. Seperti gam “exhaust pipe”, semakin kepanasan, semakin keras mencengkam! Orang lain sudah habis dan gawat idea, beliau keluar pula dengan idea yang mengejutkan! Itulah yang amat kita kagumi mengenai YAB Dr. Mahathir. Semakin tercabar, semakin gagah! Dunia amat mengkagumi idea-idea beliau. Dunia amat mengharapkan pandangan-pandangan dan fikiran-fikiran Dr. Mahathir.


2. Orang yang positif melihat peluang dalam kegawatan.Orang yang negatif melihat kegawatan sebagai penghalang kemajuan. Tetapi, orang yang positif dapat melihat peluang keemasan dari kegawatan!


Aristotle Onassis, jutawan Greek, asalnya seorang budak miskin. Ia pindah ke Argentina dari Greek untuk mencari penghidupan baru. Umurnya waktu itu hanya 17 tahun. Lepas perang Dunia Kedua, dunia menghadapi kemelesetan ekonomi. Banyak syarikat bankrap. Tetapi Onassis telah nampak satu peluang. Ia sedar yang tentera Amerika sedang menghadapi masalah kelebihan kapal perang. Kapal-kapal tidak lagi digunakan untuk berperang. Ia telah membeli kapal-kapal kecil tentera Amerika itu dengan harga murah.


Setelah membuat sedikit-sedikit pindaan, kapal-kapal itu telah boleh digunakan. Ia telah gunakanya untuk mengangkut barang-barang dan minyak. Dari sinilah permulaan sebenar bagaimana Onassis menjadi seorang jutawan.


Begitulah kelebihan Onassis. Sedang orang lain berada dalam keadaan negatif, beliau bertindak secara positif.


3. Orang yang positif sentiasa berusaha bersungguh-sungguh.Pelbagai contoh kejayaan yang menjadi sejarah membuktikan bahawa sikap positiflah yang membawa kejayaan kepada mereka yang mencapai kejayaan besar dalam kehidupan.


Perdana Menteri Inggeris, Harold MacMillan pernah menceritakan tentang nasihat ayahnya, “Mac, kalau kau telah fikir sesuatu perkara itu berguna dibuat, buatlah bersungguh-sungguh”.


Semangat waja Paul Getty juga amat baik sekali kita contohi.


4. Orang yang positif sentiasa mencari jalan memperbaiki diri.Peter Drucker, professor ilmu pengurusan di Amerika ada berkata: “Pengurus yang berjaya sentiasa bertanya kepada dirinya apakah yang boleh ia buat, bukan apa yang orang lain patut buat”.


Dengan sikap seperti ini, tiap-tiap orang boleh berjaya malah dapat pula membawa kejayaan kepada penghidupan diri, keluarga dan masyarakatnya. Dengan bersikap positif, tenaga yang biasa digunakan untuk mengecam, memaki hamun, dan memarah-marah itu dapat digunakan untuk perkara-perkara membina.


Dengan bersikap positif, seseorang itu akan mencari jalan untuk membaiki kehidupannya. Bukannya berharap kepada orang lain untuk membaiki kehidupannya. Orang yang positif bertanggungjawab kepada dirinya sendiri – berdikari.


5. Seseorang yang positif tidak menyalahkan keadaan.Seseorang yang bersikap positif tidak mengeluh atau mengecam bila ditimpa kemalangan, musibah atau terdapat kekurangan pada dirinya. Sebaliknya ia menggunakan kekurangan-kekurangan itu untuk kebaikan kepada dirinya serta orang lain.


Napoleon, yang kecil dan rendah iaitu 5 kaki 1 inci sahaja, selalu dipermainkan oleh rakan-rakannya di Maktab Tentera tempat ia belajar – sebab pendek. Tambahan pula, Napoleon ialah seseorang yang berasal dari Pulau Corsica, pulau yang dipandang tidak begitu penting oleh orang-orang Perancis.


Kerana itu, Napoleon telah berazam untuk menunjukkan kepada rakan-rakannya bahawa ia lebih baik daripada orang lain. Ia telah belajar ilmu ketenteraan dengan bersungguh-sungguh. Akhirnya, beliau menjadi Maharaja Perancis – menakluki tiga suku Benua Eropah. Kekurangannya serta ejekan-ejekan dari rakan-rakannya tadilah yang mendorongnya menjadi panglima terkenal.


6. Orang yang positif mendengar dahulu pendapat orang lain.Orang-orang yang bersikap positif tidak mengenepikan kecaman-kecaman musuhnya misalnya dengan terus mengatakan orang itu salah. Tetapi, ia akan mendengar kecaman-kecaman tadi dan memikirkan betulkah ia salah atau tidak. Perlu diingat, bila orang mengecam tentulah ada sebab-sebabnya. Kadang-kadang daripada kecaman orang lain, kita boleh dapat petunjuk untuk membaiki diri dan kerja kita.


Presiden Abraham Lincoln telah dikecam oleh Menteri Pertahanannya, Edward Stanton. Ia telah digelar oleh Stanton sebagai seorang dungu. Adakah Lincoln marah dan memecat Menteri Pertahanan itu? Tidak. Sebaliknya, ia telah bertanya kepada Stanton mengapa ia berkata begitu?


Stanton telah menerangkan bahawa langkah Lincoln memindahkan beberapa battalion tentera ke suatu tempat itu akan merugikan kerajaan Amerika. Lincoln yakin akan penerangan Stanton itu lalu terus menarik balik rancangannya tadi.


Sebaliknya, Presiden Suharto yang tidak mengindahkan kecaman orang bahawa dasar pentadbiran dan ekonominya tidak dapat membawa keadilan sosial kepada masyarakat Indonesia akhirnya terpaksa meletakkan jawatan dalam keadaan yang amat mengaibkan. Saya teringat kata-kata Dr. Mahathir yang kira-kira bermaksud “Don’t overstay.” “Kalau nak berhenti makan, berhenti masa tengah sedap makan.”


7. Orang yang positif sentiasa bangun apabila terjatuh.“Orang yang penggamang mati jatuh, orang yang pending mati hanyut.” Bidalan – Pepatah Melayu; Penjelasan: Penakut tidak dapat apa-apa.
P/S : Sewaktu celebrate bufday adik tersayang. . .

pipiku tembam. . .


Tuesday, October 5, 2010

Senarai Kesyukuran

Setiap orang mestilah mempunyai senarai kesyukuran sendiri. . . .Saya pun ada senarai kesyukuran saya juga. . . .

SENARAI KESYUKURAN NUR HAFIZAH


  1. Saya bersyukur saya dilahirkan dalam keluarga Islam.
  2. Saya bersyukur saya dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan yang sempurna mental dan fizikal.
  3. Saya bersyukur saya telah mempunyai menimba banyak pengalaman di usia muda ini.
  4. Saya bersyukur saya tak anti-sosial.
  5. Saya bersyukur saya ibu bapa saya memberi nama Nur Hafizah kepada saya.
  6. Saya bersyukur saya tidak boleh nampak benda yang ghaib.
  7. Saya bersyukur benda yang selalu saya masak boleh dimakan.
  8. Saya bersyukur saya pernah bekerja di Petrosains walaupun selama 6 bulan setengah sebelum masuk ke universiti dan bersama kakitangan yang sangat-sangat sporting dan baik. Siap belanja saya makan lagi.
  9. Saya bersyukur walaupun saya jarang post dalam belog saya tapi anda masih membaca.
  10. Saya bersyukur saya selalu berpeluh kerana saya tahu badan sedang berfungsi mengeluarkan toksin.
  11. Saya bersyukur saya seorang perempuan.
  12. Saya bersyukur ramai orang rajin melayan karenah saya.
  13. Saya bersyukur rambut saya ikal mayang. Rambut yang ramai orang ingin miliki.
  14. Saya bersyukur ada teman seperti Mohd Fared Azman,Mohd Nazreen Shah,Mohd Zulfadhli, dan ramai lagi.
  15. Saya bersyukur dengan tubuh badan yang saya miliki.
  16. Saya bersyukur walaupun suka menyakat adik-adik saya tetapi mereka masih mencari saya untuk bermain bersama mereka.
  17. Saya bersyukur tiada cikgu yang pernah baling buku saya ke luar kelas sehingga boleh buat saya benci dengan alam persekolahan.
  18. Saya bersyukur saya mempunyai banyak cikgu yang saya rapat ketika di alam persekolahan.
  19. Saya bersyukur mama selalu membuat masakan yang baru. Kami semua suka dengan menu baru mama buat.
  20. Saya bersyukur mempunyai 4 orang adik beradik dan melancong bersama-sama mereka serta mama dan ayah.
  21. Saya bersyukur akan kewujudan Nur Hazwani,Saidatul Amira dan Aziera apabila saya masuk ke alam baru.
  22. Saya bersyukur ada teman yang boleh teman saya chit chat tengah malam jika saya tak dapt tidur.
  23. Saya bersyukur mempunyai seorang ayah yang sporting dan selalu memberi nasihat kepada anak-anak mereka.
  24. Saya bersyukur saya masih tinggal di Malaysia dan masih warganegara Malaysia.
  25. Saya bersyukur mempunyai seorang adik lelaki yang sangat baik dan ambil berat terhadap kakak dia.
  26. Saya bersyukur saya seorang yang pemaaf.
  27. Saya bersyukur saya mempunyai tempat untuk berkongsi suka duka saya.
  28. Saya bersyukur ramai yang masih membaca pembebelan saya dalam blog ini.
  29. Saya bersyukur di luar sana ramai lagi menyayangi saya.
  30. Saya bersyukur walaupun saya tidak cantik tapi apabila ambil gambar ada angle di muka saya yang boleh dipakai.
  31. Saya bersyukur walaupun saya selalu digigit Mr.Nyamuk tetapi saya tidak mengidap demam denggi.
  32. Saya bersyukur duduk di kawasan perumahan yang berbilang kaum. Senang cerita 1 Malaysia.
  33. Saya bersyukur Zahirah dan Hanisah adalah penghibur ketika duka lara.
  34. Saya bersyukur umur saya 18 tahun.

  35. Saya bersyukur apabila melangkah ke alam baru ramai kawan-kawan yang baik.
  36. Saya bersyukur hidup saya penuh dengan cinta dan kasih sayang.
  37. Saya bersyukur ibubapa saya membenarkan saya bekerja ketika cuti menunggu keputusan SPM.
  38. Saya bersyukur jerawat selalu timbul di dahi,di tepi kening dan pipi tapi tidak di badan.
  39. Saya bersyukur walaupun saya kurus tetapi pemakanan saya jaga.
  40. Saya bersyukur adik-adik saya masih lagi berkongsi masalah sekolah mereka kepada saya.
  41. Saya bersyukur kerana saya seorang yang penyabar.
  42. Saya bersyukur kerana saya boleh menari.
  43. Saya bersyukur kerana saya adalah diri saya.
  44. Saya bersyukur mama seorang yang gigih berusaha dalam pekerjaannya.
  45. Saya bersyukur setiap masakan mama pasti nak makan lagi.
  46. Saya bersyukur saya ini merupakan seorang ulat buku.
  47. Saya bersyukur saya mengikuti siri buku cerita shopaholic.
  48. Saya bersyukur dengan diri saya sendiri.
  49. Saya bersyukur saya dan adik beradik menyayangi ibu bapa saya.



Saya bersyukur yang saya sebenarnya ada banyak lagi senarai kesyukuran yang hendak saya tulis.

Andai kata saya diuji salah satu daripada nikmat di atas dan ditarik semula, saya bersyukur saya masih boleh berkata at least saya ada 50 perkara untuk disyukuri.

Sunday, September 12, 2010

Raya time

Salam Semua. . . Lama tak post apa-apa ke dalam blog ini. . .semua tertanya-tanya dah. . .yew2 kali ini saya post tentang Sambutan Raya. . Pada tahun ini,saya beraya di Pahang. . . Kampung sebelah ayah saya. . .
Saya bertolak ke kampung selepas berbuka dan sampai ke kampung pada pukul 11 lebih malam. . . semua sangat gembira dengan kehadiran kami . . Wah,banyak dah berubah di dalam rumah sekian lama saya tidak pulang ke kampung. . .Saya gembira kerana pulang ke kampung mendapat berita baru. . .terima adik saudara yang baru. . .
.

Hari pertama raya memang sangat-sangat seronok. . .sungguh bermakna buat saya. . .selepas sembahyang raya,bermaaf-maafan antara sesama kami n keluarga. . .selepas selesai,orang masjid datang ke rumah. . apetah lagi petang ke zoo. . . Mesti sume pelik an??? sepatutnya ke rumah terbuka tapi ayah bawa kami ke zoo. . .memang sangat-sangat seronok. . Memang ramai sangat orang yang berkunjung ke rumah. . .

Hari kedua raya sungguh indah. . kepulangan abang sepupu saya. . .Hmmm, ramai yang datang ke rumah. . . pada malamnya kami adakan barbeque. . kambing bakar. . .
memang sangat-sangat sedap. . .


Macam mana pula dengan kawan-kawan?? sambutan ray
a macam mana??? dapat banyak fulus raya tak???



P/S: SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN



Sunday, August 29, 2010

Di Hospital Penawar




Sekian lama tak post apa-apa dalam blog ini.....Nak kata bulan puasa nie sibuk?? hmmm...boleh tahan la....apa kena mengena tajuk saya kali ini??? Hospital Penawar......Sape yg masuk Hospital???


Penulis ini sendiri yang masuk ke Hospital.....sebab itu sekian lama tak post apa-apa ke dalam blog ini....Nie la akibatnya tak jaga pemakanan dan ambil mudah dalam pemakanan...


Dah tahu perut ni ada gastrik tapi ambil mudah saja dalam hal ni kan.....saya masuk wad pada hari rabu yang lepas...malam tu saya pengsan di rumah...nasib di rumah kan pengsan,kalau di tempat lain entah ape jadi dekat saya ini...kak long panggil ustaz untuk membawa saya ke hospital...memang sampai hospital saya kena masok wad...CONFIRM!!!.... Last sekali masuk wad pada 2 tahun lepas tapi bukan sakit ini....sakit lain dan tempat di hospital batu pahat....


doctor kata saya ada ulser dan nak kena operation ...Ya Allah tuhan saja yang tahu macam mana keadaan ketika itu....sedih pun ada....saya kena kuat ketika itu....wwalaupun parents teramat jauh ketika itu,tapi saya pasrah....


Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang datang melawat saya.....tak tahu nak cakap apa dekat semua....hanya ucapan terima kasih yang dapat saya berikan...


TQ TO: kak long,mot,b0b0,zul,nazreen,kak tora,kak nor,akim,abg hafa,shahfa,en hamdi,en nizam,en hisham,wong,nazirul,da ramai lagi...

p/s; pray for me get well soon.....

Tuesday, August 17, 2010

Salam Ramadhan Semua

Sekian lama saya tak post apa-apa di dalam blogger ini ....teramat rindu nak menulis....maklum la sibuk dengan assignment n quiz n test......hmmm....rasanya belum terlambat lagi jika saya nak ucapkan salam menyambut bulan ramadhan al-mubarak kepada semua umat Islam....terutama family saya yang tersayang dan juga rakan-rakan sekalian....





Tahun ini saya berpuasa lain dari yang lain....maksud saya,saya berpuasa di perantauan...di negeri orang....Wah,tak pernah lagi saya berpuasa jauuh daripada family.....tapi hakikatnya saya kena lalui....hari pertama ramadhan terasa amat hiba,ye la....dulu selalu bersahur dan berbuka dengan family...tapi sekarang bersama housemate....memang terasa sayu sangat-sangat.......





sekarang nie saya menghitung hari....Hah....bukan menghitung hari nak raya tapi menghitung hari untuk pulang ke rumah......tak sabar rasanya nak pulang ke rumah......perasaan yang meronta-ronta untuk pulang ke rumah tue ada.....wah,adik-adik saya mesti tak sabar bila saya nak pulang ini......





semoga rakan-rakan dapat menjalani ibadah dengan sempurna pada bulan ramadhan ini....


P/S: HAPPY RAMADHAN TO U'LL.....LOVE U'LL....

Sunday, August 8, 2010

Pulang Ke Pasir Gudang

erm esok saya akan balik ke johor bahru, dimana apartment vista merupakan rumah kedua saya..dimana ramai kawan2 baru yang sudah menjadi sebahagian dari keluarga saya..terutama mot,bobo dan kak long.....

walaupun berat hati ini nak tinggalkan kuala lumpur..tapi saya kene pergi jugak untuk mengejar cita-cita saya disana...semoga cita-cita saya tercapai disana dan semoga perjalanan pembelajaran akan semakin mudah..lagi-lagi subjek yang saya suka....

waaahhh tak dapat la saya berpuasa dirumah kl..saya rindu nak berbuka puasa bersama keluarga....pasal waktu puasa mula saya berada di jb..nie kali pertama saya jalani puasa di tempat orang..

macam mana saya nak berbuka???sahur???mesti mencabarkan

doa2 la saya dapat hadapi bulan puasa yang mencabar ini dgn mot,bobo and kak long....


Mot,bobo n kak long tunggu nyotpulang ke jb esok..

love u alll..


Kepada semua umat islan Selamat Menyambut bulan Ramadhan al Mubarak yang akan bakal menjelang tiba.....

Saturday, August 7, 2010

A happy siblings....

Wah,sekian lama saya tak post apa-apa dekat blog....terasa amat rindu.....hari ini,baru la aku dapat menjejakkan kaki ke rumah....lama sangat tak pulang nie....rindu semua....

oh ya....semenjak masuk ke universiti berjumpa la dengan rakan-rakan yang baru......dekat rumah saya ada 4 orang yang sangat sporting.....

Mot,Bobo n kak long.....
i <3 u all.....