Wednesday, February 16, 2011
Be Happy Always
Friday, January 28, 2011
Friends each other






Friends,
Thursday, January 20, 2011
Tasek oh Tasek. . . . .
Tasek??? Di kampus i ini ada dua tasek...satu tasek buatan dan satu lagi tasek semulajadi...betapa seronoknya berada di tasek...nak ke pantai jauh sangat...dapat tase pun jadi lah kan... Ini adalah gambar-gambar kami selepas gotong royong....





Thursday, January 13, 2011
kata- kata semangat
1.Dimana kita berdiri tidak penting, yang penting ke mana kita akan melangkah..
2.Siapa orang tua kita tidak penting, yang penting kita mahu menjadi anak yang bagaimana
3.Masa lalu tidak penting, yang penting hari ini dan esok.
4.Bagaimana orang memandang kita tidak penting, yang penting bagaimana kita memandang orang dan bagaimana kita memandang diri kita sendiri.
5.Berapa besar kepercayaan orang ditentukan oleh seberapa besar kejujuran dan kredibiliti kita.
6.Jangan kita mengharapkan orang lain berubah jika kita sendiri belum mahu berubah.
7.Menjadi berjaya atau sukses tidak selalu diukur dengan harta/populariti. Sukses juga diukur dari segi kesihatan mental..maka buang lah sikap iri hati,sombong,benci dan pandang rendah terhadap orang lain.
Ini sahaja ya saya post dulu.. Nanti wifi dah boleh guna saya upload gambar kampus baru saya k...Take care all of u...
Sunday, January 2, 2011
Ayuh kembali ke sekolah. .Ayuh!!
Friday, December 31, 2010
happy new year



Tuesday, December 21, 2010
Selalu digunakan tapi ia amat bahaya

Untuk pengetahuan kawan-kawan, stirena adalah suatu mutagen yang boleh mengakibatkan perubahan genetik yang berpotensi merosakkan sistem pembiakan. Mutagen ini amat berbahaya terhadap alam sekitar malah kepada manusia juga. Pendedahan kepada stirena dapat merendahkan bilangan sel darah merah dan boleh menyebabkan seseorang perempuan itu mengalami gangguan haid.
Thursday, December 9, 2010
Home made ice cream baskin robbin
Sangat sedap dimakan ketika cuaca panas..
yummy =D
Bahan- bahan : ice cream vanilla, oreo n hershey syrups. . 2 layer . . .
Selamat mencuba..
Tuesday, November 16, 2010
Lembu oh Lembu
Oh lembu, sangat - sangat kesian. . .
Di sini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua rakan- rakan saya. . .
Thursday, November 11, 2010
Congratulation


Monday, November 1, 2010
7 ciri orang berjaya
7 Ciri Positif Orang Berjaya
7 Ciri Positif Orang Berjaya

pipiku tembam. . .
Tuesday, October 5, 2010
Senarai Kesyukuran
- Saya bersyukur saya dilahirkan dalam keluarga Islam.
- Saya bersyukur saya dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan yang sempurna mental dan fizikal.
- Saya bersyukur saya telah mempunyai menimba banyak pengalaman di usia muda ini.
- Saya bersyukur saya tak anti-sosial.
- Saya bersyukur saya ibu bapa saya memberi nama Nur Hafizah kepada saya.
- Saya bersyukur saya tidak boleh nampak benda yang ghaib.
- Saya bersyukur benda yang selalu saya masak boleh dimakan.
- Saya bersyukur saya pernah bekerja di Petrosains walaupun selama 6 bulan setengah sebelum masuk ke universiti dan bersama kakitangan yang sangat-sangat sporting dan baik. Siap belanja saya makan lagi.
- Saya bersyukur walaupun saya jarang post dalam belog saya tapi anda masih membaca.
- Saya bersyukur saya selalu berpeluh kerana saya tahu badan sedang berfungsi mengeluarkan toksin.
- Saya bersyukur saya seorang perempuan.
- Saya bersyukur ramai orang rajin melayan karenah saya.
- Saya bersyukur rambut saya ikal mayang. Rambut yang ramai orang ingin miliki.
- Saya bersyukur ada teman seperti Mohd Fared Azman,Mohd Nazreen Shah,Mohd Zulfadhli, dan ramai lagi.
- Saya bersyukur dengan tubuh badan yang saya miliki.
- Saya bersyukur walaupun suka menyakat adik-adik saya tetapi mereka masih mencari saya untuk bermain bersama mereka.
- Saya bersyukur tiada cikgu yang pernah baling buku saya ke luar kelas sehingga boleh buat saya benci dengan alam persekolahan.
- Saya bersyukur saya mempunyai banyak cikgu yang saya rapat ketika di alam persekolahan.
- Saya bersyukur mama selalu membuat masakan yang baru. Kami semua suka dengan menu baru mama buat.
- Saya bersyukur mempunyai 4 orang adik beradik dan melancong bersama-sama mereka serta mama dan ayah.
- Saya bersyukur akan kewujudan Nur Hazwani,Saidatul Amira dan Aziera apabila saya masuk ke alam baru.
- Saya bersyukur ada teman yang boleh teman saya chit chat tengah malam jika saya tak dapt tidur.
- Saya bersyukur mempunyai seorang ayah yang sporting dan selalu memberi nasihat kepada anak-anak mereka.
- Saya bersyukur saya masih tinggal di Malaysia dan masih warganegara Malaysia.
- Saya bersyukur mempunyai seorang adik lelaki yang sangat baik dan ambil berat terhadap kakak dia.
- Saya bersyukur saya seorang yang pemaaf.
- Saya bersyukur saya mempunyai tempat untuk berkongsi suka duka saya.
- Saya bersyukur ramai yang masih membaca pembebelan saya dalam blog ini.
- Saya bersyukur di luar sana ramai lagi menyayangi saya.
- Saya bersyukur walaupun saya tidak cantik tapi apabila ambil gambar ada angle di muka saya yang boleh dipakai.
- Saya bersyukur walaupun saya selalu digigit Mr.Nyamuk tetapi saya tidak mengidap demam denggi.
- Saya bersyukur duduk di kawasan perumahan yang berbilang kaum. Senang cerita 1 Malaysia.
- Saya bersyukur Zahirah dan Hanisah adalah penghibur ketika duka lara.
- Saya bersyukur umur saya 18 tahun.
- Saya bersyukur apabila melangkah ke alam baru ramai kawan-kawan yang baik.
- Saya bersyukur hidup saya penuh dengan cinta dan kasih sayang.
- Saya bersyukur ibubapa saya membenarkan saya bekerja ketika cuti menunggu keputusan SPM.
- Saya bersyukur jerawat selalu timbul di dahi,di tepi kening dan pipi tapi tidak di badan.
- Saya bersyukur walaupun saya kurus tetapi pemakanan saya jaga.
- Saya bersyukur adik-adik saya masih lagi berkongsi masalah sekolah mereka kepada saya.
- Saya bersyukur kerana saya seorang yang penyabar.
- Saya bersyukur kerana saya boleh menari.
- Saya bersyukur kerana saya adalah diri saya.
- Saya bersyukur mama seorang yang gigih berusaha dalam pekerjaannya.
- Saya bersyukur setiap masakan mama pasti nak makan lagi.
- Saya bersyukur saya ini merupakan seorang ulat buku.
- Saya bersyukur saya mengikuti siri buku cerita shopaholic.
- Saya bersyukur dengan diri saya sendiri.
- Saya bersyukur saya dan adik beradik menyayangi ibu bapa saya.
Sunday, September 12, 2010
Raya time
Saya bertolak ke kampung selepas berbuka dan sampai ke kampung pada pukul 11 lebih malam. . . semua sangat gembira dengan kehadiran kami . . Wah,banyak dah berubah di dalam rumah sekian lama saya tidak pulang ke kampung. . .Saya gembira kerana pulang ke kampung mendapat berita baru. . .terima adik saudara yang baru. . . .
Hari pertama raya memang sangat-sangat seronok. . .sungguh bermakna buat saya. . .selepas sembahyang raya,bermaaf-maafan antara sesama kami n keluarga. . .selepas selesai,orang masjid datang ke rumah. . apetah lagi petang ke zoo. . . Mesti sume pelik an??? sepatutnya ke rumah terbuka tapi ayah bawa kami ke zoo. . .memang sangat-sangat seronok. . Memang ramai sangat orang yang berkunjung ke rumah. . .
Hari kedua raya sungguh indah. . kepulangan abang sepupu saya. . .Hmmm, ramai yang datang ke rumah. . . pada malamnya kami adakan barbeque. . kambing bakar. . .
memang sangat-sangat sedap. . .
Macam mana pula dengan kawan-kawan?? sambutan raya macam mana??? dapat banyak fulus raya tak???
Sunday, August 29, 2010
Di Hospital Penawar
p/s; pray for me get well soon.....
Tuesday, August 17, 2010
Salam Ramadhan Semua
Tahun ini saya berpuasa lain dari yang lain....maksud saya,saya berpuasa di perantauan...di negeri orang....Wah,tak pernah lagi saya berpuasa jauuh daripada family.....tapi hakikatnya saya kena lalui....hari pertama ramadhan terasa amat hiba,ye la....dulu selalu bersahur dan berbuka dengan family...tapi sekarang bersama housemate....memang terasa sayu sangat-sangat.......
sekarang nie saya menghitung hari....Hah....bukan menghitung hari nak raya tapi menghitung hari untuk pulang ke rumah......tak sabar rasanya nak pulang ke rumah......perasaan yang meronta-ronta untuk pulang ke rumah tue ada.....wah,adik-adik saya mesti tak sabar bila saya nak pulang ini......
semoga rakan-rakan dapat menjalani ibadah dengan sempurna pada bulan ramadhan ini....
Sunday, August 8, 2010
Pulang Ke Pasir Gudang
erm esok saya akan balik ke johor bahru, dimana apartment vista merupakan rumah kedua saya..dimana ramai kawan2 baru yang sudah menjadi sebahagian dari keluarga saya..terutama mot,bobo dan kak long.....
walaupun berat hati ini nak tinggalkan kuala lumpur..tapi saya kene pergi jugak untuk mengejar cita-cita saya disana...semoga cita-cita saya tercapai disana dan semoga perjalanan pembelajaran akan semakin mudah..lagi-lagi subjek yang saya suka....
waaahhh tak dapat la saya berpuasa dirumah kl..saya rindu nak berbuka puasa bersama keluarga....pasal waktu puasa mula saya berada di jb..nie kali pertama saya jalani puasa di tempat orang..
macam mana saya nak berbuka???sahur???mesti mencabarkan
doa2 la saya dapat hadapi bulan puasa yang mencabar ini dgn mot,bobo and kak long....
Mot,bobo n kak long tunggu nyotpulang ke jb esok..
love u alll..
Kepada semua umat islan Selamat Menyambut bulan Ramadhan al Mubarak yang akan bakal menjelang tiba.....
Saturday, August 7, 2010
A happy siblings....
oh ya....semenjak masuk ke universiti berjumpa la dengan rakan-rakan yang baru......dekat rumah saya ada 4 orang yang sangat sporting.....
Mot,Bobo n kak long.....
i <3 u all.....
Wednesday, July 21, 2010
kehidupan baru di tempat baru
bagi saya tak adalah teruk sangat pada minggu pertama berada di IPTA/IPTS.....amat menyeronokkan pada minggu silaturrahim yang berlangsung di unikl MITEC.......
walaupun hanya kampus sementara dan kemudahan kurang tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar.....apetah lagi dengan senior-senior yang memang sporting yew....baek punyer....hihi...:)
malam kebudayaan amat la menarik.....group saya membuat persembahan good morning baltimore......teramat baek la group saya.....
minggu silaturrahim selesai pada hari khamis......hmm.....ade majlis penutupan.....dekan memang best......ade anugerah dekan.....wah,saya bangga bila ada yang dapat pointer tinggi...lagi-lagi 4 CGPA.....akak-akak dan abang-abang makan apa sampai pandai nie???? saya new student...nak tips sikit boleh??? p/s: nak juga dapat pointer macam tue...kalau nak dapt kena belajar betul-betul....
minggu ini pun saya dah mula kuliah....amat seronok berjumpa dengan lecturer,orang baru,perangai baru dan macam-macam lagi.....subject english teramat seronok...Miss L......

P/S; NEW LIFE MANY BEHAVIOUR I HAVE TO FACE IT.....
Saturday, July 10, 2010
persiapan ke unikl jb part 2
Alhamdulillah semua barang telah pun saya beli dengan selamatnya....p/s; macam iklan keselamatan jalan raya pula......Saya bersama adam pergi membeli barang-barang untuk dibawa masuk ke universiti.....Adam dah pun masuk kolej mara...saya hari ahad ini.....
footwear dah settle pun....stationary pun sudah.....grooming,bodycare dan toiletries pun dah selesai....home sweet home pun dah selesai....apa home sweet home??? home sweet home ialah barang-barang seperti cadar,bantal,iron,hanger dan lain-lain...
Tuesday, June 29, 2010
Utamakan Kesihatan anda
Hari ini aku nak berkongsi tips dengan semua terutama kaum hawa,wanita,perempuan..Sama sahaja kan.....ini lah fiza...Sakit ini biasanya berlaku apabila kaum hawa telah akil baligh.....Sakit ini dipanggil sebagai PMS....Apa itu PMS???
PMS atau sindrom Pra haid berpunca daripada otot-otot uterus yang mengejang semasa period berlaku...walaupun terdapat faktor-faktor fizikal yang memainkan peranan penting yang menyebabkan berlaku PMS,tetapi masih terdapat beberapa rawatan atau cara untuk melegakan rasa sakit dan ketidakkeselesaannya....
BERIKUT ADALAH TIP-TIP YANG BOLEH DIIKUTI UNTUK MENGHENTIKAN PMS:
1.Ambillah ubat panadol atau paracetamol atau ubat pelega kesakitan. Ia biasanya mengambil masa yang agak lama untuk menunjukkan kesannya.So pastikan anda berehat dengan secukupnya....tidur jangan lewat....Untuk kepastian,dapatkan nasihat doktor.
2.Elakkan mengambil ubat paracetamol atau panadol atau ubat pega kesakitan ketika perut anda kosong....nanti macam-macam boleh berlaku....boleh jadi lebih teruk....bukan jadi PMS....tapi WMS....hihi
3.Pastikan badan anda panas iaitu mandi dengan air panas ataupun menekap perut dengan tuala yang telah pun dicelup ke dalam air panas. Ia membantu merehatkn otot-otot yang kejang.
4.Tingkatkan pengambilan air bagi menambah kandungan cecair di dalam badan.Maksudnya minum lah banyak air....sekurang-kurangnya 7 hingga 8 gelas.....bukan sahaja baik untuk sakit PMS ini tapi minum banyak air baik juga untuk kesihatan...so banyakkan minum air yew....Elakkan minum kopi dan air berkarbonat kerana ia boleh mengakibatkan masalah kembung perut dan menambahkan lagi keadaan menjadi teruk.
5.Pastikan anda tidur dengan nyenyak dan cukup...
6.Bersenamlah sewaktu mengalami haid....Jangan lah over senam...just senaman ringan yang anda boleh lakukan ketika di sekolah,universiti,pejabat atau di rumah....Bersenam merupakan langkah terbaik melegakan kesakitan.Gerakkan kaki sekerap yang mungkin...p/s; jangan paksa kaki untuk gerak ye kawan-kawan :) nanti kaki terseliuh pula....
7.Herba mempunyai kesan anti pasmodik kepada tubuh..Oleh itu herba-herba seperti Viburnum dan Scutellaria boleh juga diamalkan....
8.Teh juga boleh mengurangkan kesakitan...Ingat ye,bukan teh ais or teh ais limau atau teh o limau....Air teh madu sebagai contoh,dapat membantu menenangkan saraf-saraf dan melegakan kesakitan...Patikan yang hangat ya....p/s; wah,dalam bahasa indonesia sudah aku bicara....
9.Pengambilan suplemen seperti kalsium,zink,evening primrose oil,dan vitamin mampu mengurangkan kekejangan,kembung dan simptom-simptom PMS lain....
Ok kawan-kawan....Selamat mencuba...dan jagalah kesihatan kawan-kaan yew..










