Salam semua...lama benar saya tidak tulis apa-apa dalam blog saya...Baru sahaja 2 minggu berada di kampus baru UNIKL MITEC..wifi tak ada lagi jadi minta maaf la kawan-kawan saya tak dapat nak update apa-apa.. Di sini saya nak kongsi kata-kata semangat yang mungkin boleh rakan-rakan amalkan...
1.Dimana kita berdiri tidak penting, yang penting ke mana kita akan melangkah..
2.Siapa orang tua kita tidak penting, yang penting kita mahu menjadi anak yang bagaimana
3.Masa lalu tidak penting, yang penting hari ini dan esok.
4.Bagaimana orang memandang kita tidak penting, yang penting bagaimana kita memandang orang dan bagaimana kita memandang diri kita sendiri.
5.Berapa besar kepercayaan orang ditentukan oleh seberapa besar kejujuran dan kredibiliti kita.
6.Jangan kita mengharapkan orang lain berubah jika kita sendiri belum mahu berubah.
7.Menjadi berjaya atau sukses tidak selalu diukur dengan harta/populariti. Sukses juga diukur dari segi kesihatan mental..maka buang lah sikap iri hati,sombong,benci dan pandang rendah terhadap orang lain.
Ini sahaja ya saya post dulu.. Nanti wifi dah boleh guna saya upload gambar kampus baru saya k...Take care all of u...